Breakfast akhir di Cappadocia. Makan pancake dengan honey fresh from the farm. Bestnya....
Ni saja yang boleh masuk dalam perut pagi ni. Yang lain pandang je lah. Perut perlu diisi kerana perjalanan dari Cappadocia ke Angkara lebih kurang 272 km. Fuyoo....
Sebelum sampai ke Angkara sempat singgah berehat untuk toilet di tepi tasik. Cantik pemandangannya.
Akhirnya sampai juga di Angkara. Sebelum ke Ataturk Mousaleum, kami makan tengahari di sini.
Terkenal dengan bebola daging bersama soup dan seperti biasa sedikit nasi, roti dan salad.
Dah makan 5 ketul bebola daging pin dah kenyang . Macamane nak makan nasi dan roti lagi. Huhuhu......Selesai makan, kami mencari masjid di Angkara untuk bersembahyang zohor dan Azar dulu.
Inilah di makam terletaknya Kamal Atarturk berada.
Di tepinya ada galeri diceritakan sejarah sejarah dan gambar gambar, tapi kamera tidak boleh digunakan di dalamnya.
Sambil lalunya kerana tidak berminat mengetahui lebih mendalam kerana ada perasaan benci. Kami banyak menghabiskan gambar di luar yang sejuk.
Ini lah kubor Mustafa Kamal Artatturk yang semua orang sudah tahu bagaimana beliau dikuburkan di bawah timbunan batu marmar yang berat ini. dan juga setelah mayatnya diawetkan dan berada di Istanbul sekian lama.
Beliau lah yang di gelar bapa sekelarisme. Cara kematiannya juga sengguh tragis. Kuasa Allah mengatasi segala galanya dan hanya Allah saja yang mengetahui atas apa yang di pertunjukkan kepada kita supaya menjadi pengajaran.
Selepas berada di Angkara, kami berlepas ke Bolu. Dalam perjalanan jalanraya diliputi salji yang tebal.
Dari pandangan tingkap bas, salji agak tebal di tepi jalanraya. Agaknya mesti negatif diluar.
Salah satu lagi pemandangan di luar. Sejuknya. Grrrrrrr..........
Perjalanan dari Angkara ke Bolu hampir 200 km. Kami menginap di Hotel Koru untuk bermalam di sini. Bolu terletak di Barat Laut Hitam. Ianya terletak di antara Angkara dan Istanbul.
Tarikan Bolu ialah keadaan hutan hutan dan gunung ganang serta tasik tasik yang cantik dan sejuk.
Sempat bergambar di sekitar hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul.
No comments:
Post a Comment