Followers

Tuesday, April 19, 2011

Salji selama beberapa minit di Tembok Besar China

Alhamdulillah, selamat sampai ke Msia semalam, terus menghantar Farah ke UIA dan balik ke Temerloh.

Pada 17.4.11, pergi ke Badaling Great Wall. Perjalanan dari Beijing hampir satu setengah jam. Sampai di sana pukul 10 pagi, cuaca sungguh sejuk sekali dengan angin bertiup sungguh kencang.

Nasib baik Cable Car tidak terjejas. Terus menaiki Cabble Car ke puncak Tembok Besar China. Ada sebahgian dari kami tidak tahan dengan kesejukan , terpaksa membeli sehelai lagi baju sejuk sebelum menaiki Cable Car.

Cable Carnya muat untuk 6 orang sahaja. Bunyi deruman angin sungguh kuat di luar. Seram juga rasanya.

Sampai di puncak, tiba-tiba turun salji selama beberapa minit. Memang sungguh indah dapat melihat salji turun, tapi tangan sudah kaku kesejukan kerana tidak memakai sarung tangan. Dapat melihat titik salji jatuh ke baju sejuk. Ianya seperti air batu kecil.

Itulah pengalaman saya di China bahagian pertama ini. Jumpa pula di lain masa.


4 comments:

  1. takpe ibu, nnti dila belikan sarung tgn sejuk utk ibu dan kakak...nnti bleh guna klu melancung ke tmpt sejuk lg.

    ReplyDelete
  2. ibu punya sarung tgn tu, yg nipis ke yang tebal???

    ReplyDelete