Berjumpa kembali. Baru2 ini saya ke Mesir, bumi Anbia' yg sgt saya ingin pergi selepas melihat Kaabah. Saya sungguh bertuah dpt dtg ke sini. Mcm tak percaya. Pertama kali saya menjejak kaki di Lapangatn Terbang Cairo, saya berdoa untuk keselamatan suami dan anak2, permudahkan pembelajaran anak di Universiti Al Azhar dan permudahkan perjalanan saya pergi dan balik.. kerana doa akan dimakbulkan di bumi Anbia' ini...Itu saja yg terlintas di hati saya ketika itu.
Selepas selesai proses mengambil semua bagasi, saya lah yg paling sibuk. Maklumlah belum shopping apa2 lg dah bw extra beg dan kotak besar. Dlm kotak penuh dgn brg keperluan anak spt asam jawa, keropok kering, kicap, sos cili, milo dsbnya. Kami di bw ke Layaly Novotel Restaurant berhampiran dgn airport utk sarapan pagi.
.
.
Sebelum makan tengahari di Hard Rock Cairo, saya melawat Muzium Cairo. Sayang kamera kena tinggal dlm bas, tak blh bw. Di sini, saya dpt melihat mummy2 dan peralatan yg digunakan zaman Firaun . Seram jg masuk ke tempat ini. Maklumlah tempat mayat2 dikeringkan, dibuang organ dalaman, kain2 balutan mummy semua yg asli. Mcm2 ayat yg terlintas dlm kepala semua di baca...
.
.
Ini adalah pandangan pertama saya dlm perjalanan ke Hotel Le Meridien Pyramid. Dpt lihat 3 piramid yg terkenal itu. Sampai saja di hotel, anak sudah menunggu di lobby hotel bersama 2 rakannya krn esok Jumaat adalah cuti kuliahnya di Universiti Azhar, Cairo.
.
.
Ini gambar dlm bilik sebelum pergi menaiki' cruise' sambil makan malam sepanjang Sg Nil. Anak terpaksa ditinggalkan di bilik bersama 2 rakannya. Tp dibekalkan dgn berbagai makanan yg dibw dr Msia spt buah dokong, mata kucing dan maggi kegemaran anak.
Malam itu kami berbual panjang dan tidur sekatil...
.
Malam itu kami berbual panjang dan tidur sekatil...
.
Inilah gambar di atas kapal sambil menikmati makan malam beserta dgn persembahan tarian arab dan nyanyian.
.
.
Pukul 6.30 pg sebelum bertolak ke Iskandariah. Bersama anak bergambar di luar hotel sebelum menaiki bas.
.
.
Sungguh sejuk ketika itu. Anak seperti tidak mau melepaskan saya pergi. Berkepit sehingga ke bas. Kami berpeluk2an. Anak saya menangis teresak2. Semua rakan2 saya di dlm bas pun turut menangis menyaksikan drama 5 minit itu. Saya cuba tidak menangis di depan anak, tapi dlm hati tuhan sj yg tau...
Dlm perjalanan ke Iskandariah, barulah air mata saya mengalir tak henti2...Aduh!! sedihnya perpisahan sementara ini...
.
.
Anak sempat berbual dgn pembantu pelancong Arab yg beragama kristian ini dlm bahasa Arab. Yg belakang tu sampai pasang telinga nak mendengar jg. Alhamdulillah anak sudah blh bertutur dlm bahasa Arab. Syukur... dia cepat belajar. Macam2 yg ditanya oleh pemandu pelancong itu. Saya gembira melihat situasi itu...
Bahasa Arab sungguh indah didengar krn ia adalah bahasa Al Qur'an. Saya terpegun seketika. Maklumlah mana ada peluang belajar bahasa Arab dulu... Sekolah masih dalam aliran Inggeris, mana ada bahasa Arab. Nasib baik emak mengajar Al Qur'an dptlah belajar sikit2 bahasa yg indah ini...
.
.
Inilah gambar rakan2 anak yg tinggal serumah dgn anak. Saya meminta kunci 'spare' utk anak krn mrk akan menunggu seorg Ustaz dtg mengambil mrk pukul 9.30 pg. Jadi mrk mkn dan tinggal di bilik ...Selamat tinggal anakku semuga berjumpa lg....
Jumpa di bahagian kedua, perjalanan saya ke Iskandariah.... tunggu... pasti lebih menarik nanti.