Sarapan pagi terakhir di hotel di negara Switzerland. Bertolak pada pukul 8 pagi menuju ke Paris.
Makan tengahari di RNR di pertengahan jalan dan bersembahyang zohor/azar di dalam bas. Kami tiba di Paris lewat petang dan terus menuju ke Eiffel Tower untuk mengambil gambar waktu petang.
Inilah Eiffel Tower yang di perkatakan. Rupa rupanya hanyalah berkeping-keping besi yang dibina sebegitu rupa. Ia digelar Eiffel Tower bersempena dengan Engineer yang membinanya bernama Gustave Eiffel.
Di bina di Champ de Mars, 5 Avenue Anatole France, 75007 Paris. Tingginya 324 m bersamaan 81 tingkat bangunan.
Pembinaan bermula Januari 28, 1887. Ia mempunyai 3 tingkat di mana restaoran berada di tingkat pertama dan kedua. Tingkat ketigalah tempat pelawat boleh menyaksikan panorama bandar Paris.
Ini adalah pandangan dari bawah di bahagian tengah Eiffel Tower.
Hee...pandangan dari bawah menerusi tiga adik beradik dari Malaysia.
Di bawah Eiffel Tower terdapat banyak kedai kedai yang menjual cenderahati dan tempat bersantai.
Dalam perjalanan menuju ke hotel di tengah bandar Paris, melalui Eiffel Tower. Esok kami akan dibawa bersiar dan bershopping di sekitar bandar Paris serta melawat Eiffel Tower waktu malam pula.
Inilah hotel tempat kami akan tinggal untuk 2 hari ini. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment