Followers

Saturday, April 14, 2012

Banjir kilat di depan rumah.

Malam kelmarin hujan turun tak sampai setengah jam, air sudah memenuhi sampai lutut tempat parking kereta2ku.

Di tambah pula dengan timbunan batu bata rumah lama yang dirobohkan di tepi parit itu.

Ini lah di antara sebab2 kenapa air melimpah hingga ke tempat keretaku. Projek timbun tanah di kawasan paya semulajadi di sebelah taman ini....

Kereta ku alih semasa air ke paras lutut dan diletakkan di tempat yang lebih tinggi.

Ini sebuah lagi kereta dan di letak di sebelah tepi rumah. Semasa kejadian suami ke usrah mingguan beliau. Dalam hujan dengan ditemani Fahmi dan Farhan membawa lampu suluh membantu melihat laluan kereta yang sudah tidak nampak akibat ditenggelami air.

Nasib baik terpikir selepas hujan lebat malam itu, untuk melihat kawasan parking kereta itu.
Bersyukur kepada Allah kerana menggerakkan hati untuk melihat. Kalau tidak kereta akan dimasuki air.