Followers

Friday, December 4, 2009

BAB 16 - ZIARAH MADINAH

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah. Sesungguhnya tiada tempat ziarah terindah, tenang, shahdu, pilu dan segala kelebihan di dunia maya ini melainkan ziarah Madinatul Munawwarah. Tempat tuju utama ialah Masjid Nabawi dan Masjid Quba' disamping tempat-tempat lain sebagai accessories ziarah di bumi anbia' ini. Disini kami menginap di Hotel Fayroz Shatta iaitu di sebelah belakang Masjid Nabawi. Sekadar bercerita memang tidak seindah suasana sebenar berada disana. Cuaca disini amat sejuk iaitu 5darjah c.
.
Di hadapan masjid. Waktu pagi hari pertama berada di Madinah.
Bersiar-siar melihat keindahan masjid dan sekeliling.

Masjid Nabawi(di belakang), Kubah Hijau adalah tapak asal masjid yang kini terletaknya makan Nabi, Abu Bakar dan Omar serta Raudhah.
. Waktu malam, baru balik dari masjid. Tenguk pakaian yg kami pakai. Pada musim itu sungguh sejuk bawah 5 darjah. Imam pun baca ayat2 pendek je waktu solat.

Di hadapan Masjid Quba'. Alhamdulillah kami berjaya menunaikan ibadah sunat selama 7 hari berturut2 disini. Cuaca lebih sejuk. Saya sempat mengambil gambar suami yang sedang kesejukan.
.
Seronoknya empat org sahabat ni dpt makan buah kurma "fresh" . (Dari kanan: Prof. Dr. Kamaruddin (UTM), Pak Wan (ketua rombongan - bawa jamaah haji dah 29 x), suami dan Hj. Amrahi (Farmasist HUKL). Berebut nak bergambar pulak tu...
.
Suami dan rakan2 sebiliknya sempat berposing dalam kesejukan. (Dari kanan:Suami, Ir. Hj. Hairy(KL), Hj. Nasir, Ir. Hj. Hassan(JB)). Kami bertuah kerana dapat merasa cuaca sejuk di sana. Terpaksa membeli sarung tangan dan snowcap ....Memang sejuk...
.
Di ladang kurma. Seronok dpt makan semua jenis makanan dari kurma secara percuma tapi tak blh bawa balik. Nak bawa balik kena beli... Emmm! sedapnya makan kurma sambil minum teh & kopi percuma dikala kesejukan...
.
Kenangan yang tak boleh dilupakan - kami sempat menjamu selera bersama Dr. Hj. Abd. Wahab Ismail (Director of Ingress Corp) & zaujah di Restoran Arab Tradisi. Disini kami makan Nasi Bukhari & kibas... Suami sempat belajar cara masak Nasi Bukhari...
.
Di Madinah tidak seperti di Mekah. Takde masa nak bersiar-siar sgt. Tapi di sini, saya dan suami byk pergi berjalan-jalan melihat gelagat manusia, membeli belah dan makan bersama pelbagai masakan orang Arab .
.
Mcm baru kahwin je... Loving Couple lah katakan. He he he....Seronoknya... Romantik tak???
.
Suami saya memang suka sangat dgn cuaca sejuk tu. Ada seorg arab minta kamera dan mengambil gambar kami berposing. Apa lg, 1, 2, 3 shoot!. Ini lah di antara gambar2 yg dpt saya paparkan sekitar berada di Madinah. Saya bersyukur kerana dpt mengerjakan ibadat sepenuhnya di Mekah, cuma di Madinah dapat 3 hari sahaja. Selepas itu cuma tinggal di bilik hotel saja... Uzur...Alhamdulillah rezeki yg Allah berikan kepada hambanya...
.
Alhamdulillah. Selesai sudah ziarah kami. Kami pulang ke Malaysia.
Dlm Saudi Air, group kami duduk baris hadapan sekali...
.

Wajah2 ceria, mungkin dah kebas badan kerana dah lama sangat dlm penerbangan, mereka duduk diatas lantai Saudi Air. Entah bilalah pula dpt kami menjijak kaki ke sana lagi... Terasa baru semalam saja ....Madinah, Makkah, kami sangat merindui mu....