Majlis telah berlangsung pada 26.9.15. Semua adik beradik sudah berkumpul di Temerloh sejak malam lagi. Acara dimulakan dengan menjemput kaum kerabat menjamu selera dahulu.
Kemudian dalam pukul 11.45 tengahari, keluarga pihak pengantin perempuan tiba. Menantu memang dah sampai dulu sehari sebelum itu.
Mereka terus dijemput makan bersila di dalam rumah. Wow! penuh. maklumlah hampir 50 orang kesemuanya. Mereka di jamu dengan masakan ikan patin tempoyak original Temerloh.
Sebahgian dari keluarga pihak perempuan bergambar di 'booth'
Partner firm anak di Raub, The Law Office of Mohd Harris, Encik Harris dan isteri juga datang dari Kuantan memeriahkan lagi.
Keluarga angkat anak juga datang sekeluarga. Mama dan AbahCu inilah yang menjaga ketujuh tujuh anak dengan penuh kasih sayang. Saya berterima kasih dan terhutang budi kepada mereka. kami seperti satu keluarga.
Anak anak saudara bergambar bersam Fahmi dan Faiz.
Keluarga sebelah suami khas dari Selangor dan Kedah juga hadir.
Selepas makan mereka bersantai dan berbual mesra. Rata rata majlis berjalan lancar. Kami berterima kasih kepada jemputan yang sudi hadir dan memeriahkan lagi suasana. Cuma terkilan anak di Mesir tidak dapat bersama kerana tidak lama lagi akan berhadapan dengan peperiksaan akhir Tahun 6 di Kaherah, Mesir.