Followers

Sunday, November 22, 2009

BAB 15 - MENUNAIKAN HAJI DI MAKKAH

Salam… bertemu kembali…

Ketika ini saya berada di Iskandariah, Republik Arab Mesir. Insya Allah lusa (24.11.2009) balek ke Malaysia.

Alhamdulillah seluruh benua saya dah lawati, berbagai ilmu dan pengalaman telah saya terokai. Sungguh menyeronokkan dan dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan pengunjung blog ini. Walau bagaimanapun tempat yang paling bahagia, paling seronok, paling aman, paling syahdu, paling indah malh tempat terkumpulnya segala kebaikan didunia ini adalah ketika menunaikan ibadah haji di Makkatul Mukarromah. Segala kebaikan dan kelebihannya tak dapat saya kongsikan bersama kerana ia tak tergambar dalam fikiran manusia dan tak tertulis dalam sebarang jenis media. Kalau tergambar atau tertulis pun, itu bukanlah kebaikan dan kelebihan yang sebenarnya, tetapi hanyalah mungkin sekadar 0.00001 % daripadanya.

Saya bersama suami ke Makkah dengan menggunakan perkhidmatan Addin Travels Agency, Asia Oriental Travels And Tours. Kumpulan kami memang ‘cun’ iaitu berjumlah seramai 42 orang sahaja dan mudah untuk bergerak kesana kemari kerana muat-muat untuk satu bas. Di Makkah kami menginap di Hotel Ar Raed 2 iaitu lebih kurang 50 meter dari Masjidil Haram. Kesemua ahli kumpulan Masya Allah baik-baik belaka. Ketua Kumpulan kami ialah Pak Wan (Hj. Wan zman bin Wan Abdullah) dah berpengalaman memimpin jamaah Haji di Makkah sejak tahun 1980 (kenalan rapat suami saya sejak bujang).


Dalam kenangan - Jalan ke Masjil Haram hanya selang 5 buah kedai sahaja dari Hotel Ar Raed 2.

Dalam kenangan- Jalan alternatif ke Masjidil Haram dari Hotel Ar Raed 2 (terus ke bilik air bawah tanah)

Waktu Subuh di Dataran Kaabah - Lihatlah kelambu Ka'abah diselak ke atas (Ka'abah juga di ihramkan) menunjukkan Bulan Haji sudah bermula. Setiap kali melihat Ka'abah, air mata pasti bercucuran...kelu lidah untuk berkata...Saat yang paling bahagia seumur hidup ini...menjadi tetamu Allah bertandang ke rumahnya...Allahu Akbar...

Ketika berada di tingkat teratas Masjidil Haram...Ibu segala ketenangan berada disini...

Ketika Saie di siang hari

Ketika wuquf di Arifah - bercucuran air mata memandang ke langit. Allah Taala membuka semua pintu langit hingga ke Arashnya hanya untuk menerima segala ibadah dan memakbulkan segala doa tanpa sebarang hijab hanya untuk tetamunya yang mengerjakan ibadah Haji.

Mabit di Muzzalifah... saujana mata memandang...lautan manusia seolah-olah menunggu giliran untuk di hisab...

Pagi di Muzzalifah...sementara menunggu giliran menaiki bas ke Mina

Di Jamarat - melontar jamrah...kerja yang susah tetapi dimudahkan Allah jika melakukan hanya kerana Allah

Berdoa beramai2 setiap kali selesai melontar jamrah.

Selesai mengerja jamrah...Pulang ke Makkah hanya menaiki van untuk cepat sampai bagi membolehkan menyambung ibadah yang lain...

Pulang ke Makkah...naik atas bumbung van adalah pandangan biasa bagi Jamaah Haji..."Saja nak cari pengalaman" kata suami dan rakan-rakannya...

Selesai sudah ibadah Haji... Kelambu Ka'abah dah berganti ...Bulan Haji dah berlalu...Tinggal mengerjakan Umrah dan ibadah sunat yang lain.

Ziarah qubur Ma'ala di Makkah.

Ziarah Bukit Uhud yang penuh dengan sejarah

Siri ziarah...Bukit tertinggi yang mengingatkan perjuangan Rasulullah...

Siri ziarah... Muzium Kaabah dan Masjidil Haram...Dibelakang kami ialah pintu Ka'abah yang lama...

Siri ziarah... Air Pancut Tertinggi di dunia iaitu di Jeddah

Siri ziarah... Dah letih makan 'Chicken Bite' di Jeddah

Siri ziarah...Berkelah waktu malam di Arofah ikut orang Arab berkelah waktu malam.

Siri ziarah...Menaiki Scooter 4 roda bersama suami di Arofah.

Siri ziarah...Bukit?...Cuba teka...

Hari-hari terakhir di Makkah...Di dadapan Masjidil Haram.

Dalam kenangan...Dihari-hari terakhir di hadapan Hotel Grand Makkah.

12 comments:

  1. assalamualaikum Puan hajah
    subhanallah..syahdunya terasa melihat photo-photo ini.

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam...tq singgah um. masyitah. sama2 kita berdoa mendapat rahmatNya dan dilindunggiNya.

    ReplyDelete
  3. Salam...sangat teruja nak ke sana lagi...Tengok2 gambar ni, macam baru pergi ye...? Saya pergi tahun 1999 - tahun 2000 pulak pergi umrah...Teringin sangat2 nak pergi lagi..tengok gambar ni, tersangat syahdu dibuatnya...Masa saya pergi dulu, kamera ni dilarang sama sekali...tapi mak sedara ade beli kamera di sana , ambik juga la buat kenangan...tapi tak banyak...masa umrah , boleh tahan la,kami bawak kamera dapatlah snap macam2 gambar...banyak jugak la....Selamat Hari Raya Aidil Adha....TK follow AGK

    ReplyDelete
  4. Salam.Lautan manusia di Mudzalifah sangat menyentuh perasaan saya.Doakan semoga saya sempat juga kesana.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. sonata anak kancil, alhandulillah. rezeki saya pergi 2 tahun lepas just before kawasan dpn masjidil haram dirobohkan. Jadi sgt2 dekat kami tinggal dgn masjidil haram. Allah permudahkan segala urusan semasa di sana. Kamera tak blh dibawa dlm masjid saja. Tapi sempat jg snap dgn tel bimbit nak buat kenangan. Melihat jemaah haji di tv, mmg terasa sgt2 nak pergi lg...

    ReplyDelete
  6. abu muaz,
    mmg betul. kami tidur disana berlapik tikar dan berbantalkan beg saja. Tapi hati ikhlas dgn seadanya...mmg sungguh memberi kesedaran kpd kita bahawa kita semua sama tak kira byk mana pangkat dan harta yg kita ada. Takde perbezaan. Saya doakan semuga abu muaz dpt menjadi tetamu Allah semasa muda dan sihat. Insyaallah.

    ReplyDelete
  7. salam..
    selamat menyambut ibadat korban utk akak sekeluarga...

    ReplyDelete
  8. cikgu adham,
    selamat hari raya. semuga sekeluarga di bawah lindunganNya.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak...:)

    Selamat hari raya aidil adha...

    salam ziarah...

    ReplyDelete
  10. abd razak,
    tq singgah. semuga lbh ramai anak muda spt anda saling ingat mengingati mengenai islam yg sebenar.

    ReplyDelete