Sampai saja bersarapan di hotel dan naik ke bilik untuk berehat. Salji sedang lebat turun di sini. Cuasa sangat sejuk. Pemandangan dari bilik. Sekejap saja salji dah mula tebal meliputi bumi.
Tidak kelihatan kelibat manusia langsung. Agak agaknya semua sedang duduk di heater masing masing.
Setelah bangun dari tidur terasa hendak turun ke bawah menikmati cuaca sejuk di sini. Snowing uuuuu.....
Kawan kawan yang lain pergi berjalan jauh lagi ke kedai kedai berhampiran dalam salji. Kami cuma mengambil gambar sekitar hotel sahaja.
Badan terasa sangat letih setelah berjalan di Turki. Kereta di jalan raya main redah je salji . Jalanraya menjadi licin dan merbahaya.
Kami keluar selama 5- 10 minit sahaja sudah beku kaki tangan. Memang cuaca salji sedang turun dengan salji sudah membeku sangat berbeza. mungkin lebih dari negatif 10 kerana terlalu sejuk. Patutlah tiada sebarang gerakan manusia pun di luar.
Akhirnya setelah makan di bilik masing masing, kami mula bertolak ke Airport selepas mengerjakan solat maghrib dan isyak di bilik. Perjalan dari Almaty ke KLIA memakan masa lagi 9 jam.
Gambar kenangan di Almaty Airport sementara menunggu kapalterbang tiba. Semasa mula mula sampai dulu, penerbangan kami delayed lebih kurang 4 jam kerana keadaan salji yang tebal dan kerosakan kepak kapalterbang yang dikatakan beku tak boleh terbuka. Memang menakutkan.
Alhamdulillah kami tiba di KLIA dengan selamat.
No comments:
Post a Comment