Lepas makan roti, nampak pulak nasi dagang ala hotel.... Apa lagi... nak juga merasa dengan kari ayam dan kari ikan. Tapi amik nasi sikit je sebab nak merasa juga noodles dan ikan salmon.
Wow... kenyangnye.....Nak tau kos sarapan pagi itu berapa???....lbh kurang dua ratus lebih untuk 2 orang...
Di pintu masuk untuk bersarapan. Nombor bilik dicatit sebelum dibenarkan masuk. Berjumpa pulak dengan member dari P Pinang yang bersama sama ke Moscow dulu.
Di meja tulis. Baru dapat buku 'success is in your hand'. Banyak kisah kejayaan yang terdapat di dalam buku tersebut.
Inilah yang di nanti2kan. Berendam dalam ' bathtub'. Esok pagi perlu bersiap dan berada di conference pukul 8.30 pagi hingga petang. Perlu merehatkan diri.
Ok. Berjumpa lagi bersama gambar2 kenangan semasa conference nanti.