Followers

Tuesday, November 18, 2014

Kebun miniku...

 Buah mangga baru habis berbuah. Berbelas biji juga dapat merasa musim kali ini.

 Pokok Delima sedang rancak berbunga. Harap kali ini melekat lah buahnya.

 Ada lagi yang bunga yang belum kembang. Tanam dalam pasu je tapi kena jaga bajanya.

Ini lah pokoknya di dalam pasu...Di bandingkan pokok yang ditanam di atas tanah..yang ini lebih suka berbunga...hee..
 Ini pula pokok epal. Pokok ini dah lama dapat dari abang ipar tapi takde masa nak jaga. Sekarang baru nak bermesra dengan pokok epal ini. Alhamdulillah banyak daun dan dahan baru yang terhasil.

 Ini pokok serai kayu...walaupun kecil lagi dah dapat makan hasilnya. Selalu berpucuk...sedap dimakan sebagai ulam bersama budu atau sambal belacan.

 Ini ialah sawi. saya tanam sawi berperingkat. Tidak pernah terputus bekalan untuk digoreng bersama mee atau di buat sup sayur sebab ada yang baru semai, ada yang sudah boleh di makan. Seronok dapat makan hasil yang ditanam dengan tangan sendiri.

 Dua pasu saya tanam dengan pokok jarjir atau salad rocket. Rupa rupanya daun nya sedap digoreng kerana bau dan berlemak.

 Susah dan lama juga menunggu pokok kuchai ini untuk tumbuh dengan biji benih...Tapi bila dah membesar, seronok mengambilnya. bila kita memotong daunnya, pokok nya akan segera tumbuh kembali dari tempat yang kita potong itu.

Ini pokok tin sudah mula bercambah. Ini lah di antara pokok pokok yang ditanam. Seronok pagi pagi saya akan melawat dan bermesra dengan pokok pokok ini.