Salam pertemuan semula. Kali ini ikut saya ke sebuah tempat berhampiran Tibet, iaitu di kawasan pergunungan di Jiuzhaigou, China. Tempat yg sungguh cantik mata memandang dan nyaman. Ia adalah sebuah tempat yg mempunyai alam semulajadi yg dipelihara keasliannya.
Ini adalah salah satu pakaian tradisi org2 di sini. Menurut kepercayaan dan adat resam mrk cuma mandi satu atau dua kali sahaja setahun. Ini adalah jg kerana cuaca di sini sentiasa sejuk.
Di sebuah tasik semulajadi. Bayangkan betapa dalamnya tasik ini, tapi kita blh melihat sehingga ke dasarnya. Cuba perhatikan gambar ini jelas nampak dasarnya. Memang , saya sendiri terpegun dgn kejernihan airnya yg tidak tercemar langsung.
Oleh kerana tempat ini sejuk, sayur2an blh ditanam dalam pasu2 kecil sahaja. Di antara yg ditanam ialah ulam2an, berbagai2 jenis salad, dan sebagainya.
Ini adalah disebuah restoran di sini. Sempat berposing dgn gadis2 Cina yg cantik2 dan muda.
Air terjun di sini sungguh asli dan semulajadi bukan buatan manusia. Utk sampai di puncak pergunungan ini, kami dibekalkan satu tong oksigen di dalam bag masing2. Semasa pendakian ini, ramai di antara kami terpaksa menggunakannya kerana lg tinggi tempat ini lg kurang oksigen. . .
Wow... memang cantik sungguh. Bayangkan saya berada di atas air terjun. Tempat tinggi ini dibina utk kita merasai percikan air terjun. Kalau duduk lama di situ memang akan basah kuyub lah... Ini diantara takungan2 air kecil semulajadi yg terdapat di puncak pergunungan . Di bawah jambatan kayu yg dibina itu air mengalir...
Di jambatan gantung lama yg dibina semasa zaman Dinasti Ming lagi. Tiada ubah suai barang sedikit pun. Tengok tali yg digunakan. Di bawah adalah Sungai yg terbesar iaitu Sg Yangtze. Ia adalah sumber air dan minuman seluruh China. Utk naik dan melalui jambatan ini, kita perlu ada kekuatan diri kerana lagi ke tengah lagi kuat goyangannya. Silap2 blh pening dan pitam.
Dulu dari Chengdu kita perlu menaiki bas yg menaiki pergunungan serta mengambil masa 8 jam utk sampai ke Jiuzhaigou. Tapi sekarang kita blh menaiki kapalterbang domestik sehingga puncak dan mengambil masa setengah jam sj.Tapi gerun jg melihat lapangan terbang dipuncak gunung ini. Pilotnya mestilah betul2 mahir kerana jika tersasar terus terjatuh ke bawah...
Terjumpa restoran org India yg beragama Islam. Dapatlah makan nasi beriani yg enak di sini..
Bergambar bersama org yg berbangsa Tibet yg beragama islam. Dia adalah toke kedai di belakang tu. Dapatlah murah sikit beli baju, selendang dan brg2 kraftangan.
Pemandangan di Chengdu , di hadapan hotel kami . Kereta mmg jarang terdapat di jalan2 raya mrk. Yg banyaknya ialah org2 berjalan kaki dan mengayuh basikal sahaja. Di sini kereta sgt takut kpd penunggang basikal ini. Ibarat jalanraya tu mrk yg punya... Begitulah pengalaman saya berada di Chengdu dan Jiuzhaigou. Di sini kami tinggal di 2 hotel berlainan iaitu 1 di Chengdu sebuah bandaraya dan 1 lg di Jiuzhaugou kawasan pergunungan...