Followers

Saturday, September 20, 2014

Piknik keluarga di Pantai Balok, Kuantan...

 Cuti sekolah kali ini berkelah di Pantai Balok bersama anak anak kecuali Farah dan Faiz.
Ibu dan bapanya menjadi penunggu di bawah pokok di tepi pantai saja.......

 Seronok Farhan dan Faizah bermain pasir.

 Dila dan Fahmi bermandi manda..

 Tengok mereka bermain di tepian pantai. Sebenarnya minggu depan Fahmi dan Farhan akan menduduki peperiksaan Semester mereka di Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur. Sengaja mengajak mereka meluangkan minda sehari.

 Kebetulan cuti,  Firdaus memandu kereta dari Temerloh ke Kuantan. Bapanya boleh rileks di tempat duduk belakang kereta.

 Tengok tu.....letih mandi terus makan. hee...

 Dila bermanja dengan bapanya....

 Biasa lah...bapanya menunggu kami mengemas barang barang menuju ke kereta.

Semua ada bag yang dibawa masing masing. Seronok juga sekali sekala berkelah seperti ini. Selepas mengantar Farhan dan Fahmi ke Tg Lumpur, kami terus balik ke Temerloh. Malam itu pukul 9.30 malam, semua sudah lena dibuai mimpi. Zzzzzzzz....