Followers

Wednesday, October 17, 2012

Hari ketiga di Korea......Korean Folk Village dan Myeongdong

 Berjumpa kembali....Setelah bersarapan di hotel, kami bertolak ke Korean Folk Village yang mengambil masa lebih kurang satu jam dari bandar Seoul.

 Kami dipersembahkan dengan tarian2 kebudayaan Korea yang di selang seli dgn lawak. Mmg menghiburkan.

 Kawasannya sangat luas. Di sinilah banyak pengambaran filem2 Korea di istana di ambil. Salah satu filem yg paling terkenal ialah "Jewel in the Palace".

 Inilah gambar pelakon filem tersebut yg bekerja sebagai tukang masak dan tabib di istana. Tempayan2 itu tempat mereka memeram awas2 masakan mrk.

 Sambil2 berjalan terjumpa sekumpulan budak2 tadika Korea di situ.  So..cute!!!! dengan pakaian seragam.

 Tiba untuk makan tengahari yg sgt "special". Seafood Stone Rice di Hanguk-gwan.

 Wah!!! panas dan berasap lagi nasi di dalam bekas diperbuat dari batu ini......Di dlmnya dicampur sekali makanan2 lauk spt sotong, ikan dan udang serta sayur.

 Ini ialah seperti telur dadar dan kuih tepung udang...sedap juga rasanya...

 Seperti biasa bersama sejenis kimchi , taugeh yang dilayur dan sejenis kacang.

 Ramai pengunjung dari luar Korea sedang bersiar-siar di sini...

 Kami mula bertolak kembali ke Seoul . Kali ini terus bershopping di Myeongdong . Org2 Korea ni mmg gemar berjalan2 sambil bershopping di tepi2 jalan di bandar Seoul ini.

 Di antara tempat2 menarik untuk membeli di lorong2 kedai2 sepanjang jalan.

 Wah! banyaknya brooch-brooch....Murah dan cantik-cantik belaka. Semua nak dibeli tapi kami boleh bawa bagage tidak lebih dari 20 kg je........

Malam ni makan malam di Ashoka. Terkenal dengan Nasi Beriani di restoran dalam hotel. Tunggu selepas ini....