Saya mohon jutaan kemaafan kepada pengunjung blog ini terutama yang telefon terus kepada saya kerana tertunggu-tunggu bilakah Bab seterusnya iaitu pengalaman melancung ke luar negara akan saya muatkan dalam blog ini. Kelewatan ini adalah kerana kebetulan saya dan keluarga tidak begitu sihat, demam dan sebagainya. Kami dikuarantin dalam rumah selama 7 hari. Jadi waktu inilah yang paling sesuai untuk saya berehat. Inilah bala dari Allah kepada hambanya yang derhaka. Segala kejahatan dibinkan kepada Islam, segala kemungkaran dibintikan kepada Islam. Yang Islam pula sekadar mengaku Islam, tetapi melakukan kemunkaran dan maksiat sepanjang waktu ditambah pula dengan mengajak orang lain turut melakukan bersama mereka.
Inilah yang dinamakan sesat lagi menyesatkan. Ramai yang melakukan dosa besar tetapi
konon memperjuangkan Islam, malah tidak pernah rasa takut akan azab Allah Azzawajalla. Allah Taala menurunkan bala tidak mengenal siapa dan tidak terfikir oleh kita apa yang akan berlaku. Dalam hal ini saya menyeru agar kita semua pulang ke pangkal jalan dengan menjadikan AlQuran dan Hadith sebagai rujukan dan panduan hidup.
OK lah kembali kita pada melancong, kali ini saya hanya dapat berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di
Russia. Gambar bersama rakan-rakan
Tupperware dan
CEO Tupperware.
Belakang
roket Neil Armstrong yg prtama
mendarat di bulan.
Terowong kereta api yg brada sedlm 2km di
bawah tanah, sungguh
menyeramkan...
uniform yg dipakai oleh
angkasawan di
Pusat NASA Moscow.
di sbatang jln raya di bndr Moscow.
Walaupun di bawah matahari
terik, tetapi
cuaca sungguh
sejuk.
Moscow di waktu mlm...
di hadapan salah sebuah gereja
TERBESAR di Moscow yg berwarna-warni
Allah memberi kita ujian dalam berbagai bentuk, saya mengingatkan diri saya dan yang ada agar berhati-hati. Senantiasa bersyukur dengan segala kurniaannya. Menjadi berduit itu ujian dan kekurangan duit itupun ujian. Selamat maju jaya.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen.Cari duit dan tugas harian niatkan Lillahi Taala. Elakkan Riba dan sebarang subhah dalam apa jua urusan. Insya Allah mendapat barokah dari Allah untuk kejayaan diri dan keluarga dunia akhirat.
ReplyDelete