Sebelum bertolak , bersarapan pagi di hotel seperti biasa roti, jus buah , susu putih dan telur masak. Dah nak jadi orang putih kalau duk lama lama di sini.
Bas membawa kami sekitar bandar Paris. Kami di bawa melalui tempat tempat bersejarah dan deretan - deretan kedai yang terkenal.
Kedai yang terdapat di sepanjang Champs Elysees sepanjang 2 km. Ianya digunakan juga dalam upacara perarakan tentera dan sambutan Tahun Baru.
Di antara tempat tempat yang menarik....Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Louvre......
Sekadar melihat dari dalam bas, Tour Guide memberitahu sejarah bangunan dan "monument" ini.
Inilah tinggalan sejarah terdiri dari bebrapa pintu gerbang yang penuh dengan ukiran ukiran .
Inilah Notre Dame de Paris yang terkenal itu.
Selesai lawatan sekitar Paris , kami dibawa pula menaiki cruise untuk melihat Paris dari pandangan lain pula.
Inilah cruise yang membawa kami melalui jalan sungai pula.
Sambil menikmati keindahan Paris, kami mengabadikan beberapa keping gambar yang menarik.
Eiffel Tower tersergam indah dapat dilihat dari cruise ...
Tengahari, kami makan di sebuah restoran Turki yang berada di bandar Paris .
Inilah di antara menu menu yang dihidangkan.
Inilah yang kami pilih, sedikit nasi, ayam dimasak bersama rempah, salad dan potatoes cips.
Di sini nak cari yang berkuah memang takde dalam menu. Hee....
Selesai makan, kami dibawa ke Grand Mosque yang terbesar di Paris. Wah! Bertuahnya dapat menjejak kaki di masjid ini.
Kami bersembahyang di tempat Wanita. Terdapat beberapa wanita Arab dan Pakistan sedang bersembahyang di sini.
Seperti biasa, di dalam kawasan masjid banyak ditanam dengan pokok pokok buah zaitun.
Di tengah kawasan masjid terdapat pancuran air. Sungguh unik sekali. Selesai solat zohor/Asar, kami beredar.
Inilah acara yang dinanti nantikan. Shopping tidak boleh dipisahkan dari perempuan. Kami di bawa ke tempat yang paling terkenal di kota Paris iaitu lafayette.
Di dalam kawasan Lafayette, berbentuk bulatan terdapat berbagai jenis barangan dari rambut ke kaki. Semua ada di sini. Semua berjenama terkenal.
Di antara kedai yang terdapat di sini.
Kaki pun dah letih berjalan di sekitar Lafayette. Tidak semua tempat kami pergi kerana tempatnya terlalu besar.
Selesai membeli belah di Lafayette, kami dibawa melihat Eiffel Tower di waktu malam. Sungguh indah pandangan dengan cahaya lampu lampu.
Wow.....sungguh indah ciptaan Allah....Semuga berjumpa lagi dan selepas ini kami akan ke Amsterdam.