Followers

Friday, February 24, 2012

Toledo ....Bahagian 2

Bertemu kembali. Setelah perut diisi di Restaurant AlFonso@Muslim Food, Kami berlepas ke Las Rozas Village. Ianya sebuah "outlet shopping" berjenama terbesar di sini yg terletak 2 setengah jam dari Toledo. Di sini terdapat lebih 50 buah kedai berjenama "spanish " dan "international".


Semasa kami sampai di sini, ia menawarkan offer sempena musim sejuk ini sehingga diskaun 60%.

Berbagai2 jenama seperti Timberland , Gucci, CK dan lain2. Tetapi paling murah ialah di CK.

Kami di sana sehingga lewat petang. Cuaca semakin sejuk. Kami sempat mengerjakan solat zohor dan azar di kawasan ini kerana selepas ini akan terus ke tempat "dinner".

Inilah kawasan parking tempat shopping ini. Terlalu luas dan besar sehingga sepetang pun tak boleh habis "melawat" nya.

Selamat tinggal Las Rozas Village....entah bilalah boleh sampai ke sini semula.....

Inilah tempat kami akan menjamu selera malam ini...Palacio De Maison......

Wah!!!!! makan malam dengan hidangan ikan.....manalah nak dapat nasi ni.....

Ini semacam acarnya...atas sekali udang yang dicelur.... memang tak boleh masuk langsung. Tengok je lah.....

Ini bahagian best....sebanyak2 hidangan tadi, cuma makan roti dengan sambal bilis yang dibawa dari Malaysia sahaja. Paling best dapat "gift" dari Mr David Wong.

Esoknya kami akan memasuki "Tressure Hunt" menjelajah Madrid dengan Keretapi "Subway". Tunggu.......