Banjir melanda Temerloh lagi pada awal Januari tapi tidak seteruk Tahun 2014. Huruf Temerloh di Sg Pahang mencapai tahap separuh huruf tersebut.
Temerloh adalah yang teramai mangsa banjir di Pahang. Manakala Pahang merupakan yang teramai bilangan mangsa banjir berada di PPS. Dari situ boleh lihat teruknya Temerloh ditimpa musibah ini.
Kami di Taman Bahagia terkepung. Hanya boleh ke TJ saja. TJ pun jalan menghala ke bandar tersekat di traffic light TJ yang dalam. Ini adalah gambar di traffic light JB juga dipenuhi air yang dalam.
Ini di belakang Oren Kek dan Speedmart. Yang paling kami takut ialah air dari Taman Bunga Raya iaitu air dari Sg Semantan dari Mentakab. Mentakab sudah ditenggelami air.
YDPA dan Permaisuri turut datang memberi bantuan kepada mangsa2 banjir di Pahang. Nak jadikan cerita, Agong memandu sendiri kereta meredah jalan di Lanchang yang dalam.
Inilah laluan di KM 84.4 yang dipenuhi air sehingga laluan ke KL terpaksa ditutup.
Dr Dila terpaksa memendekkan masa pantangnya, meredah jalan yang panjang ikut Muazzam ke Bahau dan Kuala Pilah untuk ke KL selama 6 - 7 jam perjalanan kerana suaminya ada urusan kerja. Kesian baby dan Dina terpaksa duduk dalam kereta berjam2 lamanya.
Kami juga membuat banyak persiapan di rumah. Para2 Besi terpaksa di pasang bebrapa biji di dalam rumah untuk di letak tilam dan baju2 di atasnya. Kami tidak mau lagi peristiwa habis barang2 totally rosak pada banjir 2014. Kami juga menyewa dan booked sebuah homestay 2 tingkat berdekatan untuk kami tinggal jika berlaku banjir besar. Kami tidak akan tinggal di PPS di sekolah.
Air mula melimpah longkang besar di depan rumah kami. Katanya akan ada gelombang besar juga . Alhamdulillah banjir mulai surut dan rumah kami selamat dari banjir. Semuga mangsa2 banjir yang lain diberi kesabaran dan kekuatan dan di beri ganti oleh Allah dengan yang lebih baik.