Di Madinah, kami dibawa melawat di sekitar masjid Nabawi.... Ini di kawasan luar masjid dibawah payung besar.
Shopping mata dalam perjalanan ke Masjid Nabawi. Macam2 ada dijual di sini....
Ini semasa lawatan di Masjid Quba'
Selesai Maghrib dan menunggu Isya'. di dalam Masjid Nabawi.
Hari pertama Farah dan Ijah mengikuti rombongan jemaah perempuan memasukki Raudhah. Banyak peristiwa2 yang berlaku..
Ini semasa lawatan ke Jabal Uhud. Belakang ialah bukit di mana pasukan memanah diarahkan oleh Rasulullah untuk bersiap sedia....
Mendengar penerangan dari Ustaz Jo mengenai pejuang2 yang mati syahid di Perang Uhud. Di dalam pagar tulah disemadikan para2 syuhada.
Di sebelah kiri Masjid Quba' , anak2 bergurau senda sebelum menaiki semula bas. Aik? mana Firdaus ni....
Di Masjid Qiblatain...masjid di mana 2 hala kiblat berlaku. Peringkat permulaan, kiblat menghala ke Masjid Baitul Muqaddis. Setelah mendapat perintah Allah, kiblat di arahkan ke Baitullah di Mekah.
Masjid di sekitar Jabal Uhud. Bas berhenti jauh sangat. Kami tersilap pandang bas lain, terus tersasar ke depan. Nasib baik tak berjalan jauh sangat. Cuaca panas pada hari itu, tekak pun haus. Kami membeli jus yang dijual di sini dan sangat sedap seperti jus yang dibawa balik oleh Dila dari Mesir.
Inilah sebahgian gambar2 yang sempat dirakam di sepanjang lawatan kami pada hari itu. Selepas itu bas terus membawa kami pulang ke hotel untuk bersiap sedia ke masjid untuk sembahyang zohor.
Ikuti seterusnya lawatan kami ke ladang kurma dan Makam Nabi .