Semasa di Madinah kami dibawa melawat ke Ladang Kurma Bani Hashim. Sebaik sampai saja kami diberi taklimat serba sedikit mengenai ibadah umrah apabila tiba di Mekah.
Di belakang sibuk penjaja buah2 kurma dan kekacang mempromosikan hasil ladang mereka. Kami juga dihidangkan minuman panas dan sejuk untuk hilangkan dahaga.
Di mana2 tetap berdua. Orang2 Arab biasa duduk di sini sambil menjamu selera dan berbual-bual menghabiskan masa yang terluang...
Bergambar di rumah ladang mereka yang diperbuat dari batang2 dan daun2 pokok kurma.
Empat sekawan sedang berehat sebentar. Suami bersama firdaus, fahmi dan farhan.
Di pintu masuk ladang kurma ini. Ladangnya sungguh luas. Kami dapat melihat bunga di pokok betina di bungkus dengan bunga yang diambil dari pokok jantan pokok kurma supaya menjadi buah. Memang pelik juga. Jika tidak dibuat begini, sampai bila2 lah pokok takkan berbuah...
Bergambai sebelum pulang semula ke hotel untuk mengemas bag menuju ke Mekah. Selepas ini kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah....Berjumpa lagi.