Salam… bertemu kembali…
Ketika ini saya berada di Iskandariah, Republik Arab Mesir. Insya Allah lusa (24.11.2009) balek ke Malaysia.
Alhamdulillah seluruh benua saya dah lawati, berbagai ilmu dan pengalaman telah saya terokai. Sungguh menyeronokkan dan dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan pengunjung blog ini. Walau bagaimanapun tempat yang paling bahagia, paling seronok, paling aman, paling syahdu, paling indah malh tempat terkumpulnya segala kebaikan didunia ini adalah ketika menunaikan ibadah haji di Makkatul Mukarromah. Segala kebaikan dan kelebihannya tak dapat saya kongsikan bersama kerana ia tak tergambar dalam fikiran manusia dan tak tertulis dalam sebarang jenis media. Kalau tergambar atau tertulis pun, itu bukanlah kebaikan dan kelebihan yang sebenarnya, tetapi hanyalah mungkin sekadar 0.00001 % daripadanya.
Saya bersama suami ke Makkah dengan menggunakan perkhidmatan Addin Travels Agency, Asia Oriental Travels And Tours. Kumpulan kami memang ‘cun’ iaitu berjumlah seramai 42 orang sahaja dan mudah untuk bergerak kesana kemari kerana muat-muat untuk satu bas. Di Makkah kami menginap di Hotel Ar Raed 2 iaitu lebih kurang 50 meter dari Masjidil Haram. Kesemua ahli kumpulan Masya Allah baik-baik belaka. Ketua Kumpulan kami ialah Pak Wan (Hj. Wan zman bin Wan Abdullah) dah berpengalaman memimpin jamaah Haji di Makkah sejak tahun 1980 (kenalan rapat suami saya sejak bujang).
Dalam kenangan- Jalan alternatif ke Masjidil Haram dari Hotel Ar Raed 2 (terus ke bilik air bawah tanah)
Waktu Subuh di Dataran Kaabah - Lihatlah kelambu Ka'abah diselak ke atas (Ka'abah juga di ihramkan) menunjukkan Bulan Haji sudah bermula. Setiap kali melihat Ka'abah, air mata pasti bercucuran...kelu lidah untuk berkata...Saat yang paling bahagia seumur hidup ini...menjadi tetamu Allah bertandang ke rumahnya...Allahu Akbar...
Mabit di Muzzalifah... saujana mata memandang...lautan manusia seolah-olah menunggu giliran untuk di hisab...
Di Jamarat - melontar jamrah...kerja yang susah tetapi dimudahkan Allah jika melakukan hanya kerana Allah
Selesai mengerja jamrah...Pulang ke Makkah hanya menaiki van untuk cepat sampai bagi membolehkan menyambung ibadah yang lain...






