Semalam, Fahmi dihantar oleh kawan2 sekolahnya dalam keadaan "lupa". Sehingga namanya pun dia tidak ingat. Mukanya "blurr".
Kawan2 nya yang menghantar telah menceritakan segala2nya. Rupa2nya kepala di bahagian belakang terhantuk ke lantai semasa bermain futsal. Dalam keadaan terhantuk itu seorang lagi kawannya terjatuh dan menghempap kepala Fahmi. Allahuakhbar!!!!!!
Bayangkan betapa sedihnya melihat muka anak pintar ini menjadi kosong......Kebetulan ada sebotol air zam zam yang baru dibawa pulang oleh abahnya hari isnin. Saya guna air zam zam itu dengan membaca beberapa ayat dan doa serta meniup di air tersebut dengan harapan doa ibu dimakbulkan Allah. Fahmi meminum air tersebut.
Malam selepas sembahyang maghrib, abahnya bersama faiz menghantar Fahmi ke wad kecemasan, Hospital Temerloh. Sepatutnya Fahmi dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan selanjutnya. Tetapi alhamdulillah.....dia mula mengingati segala2nya kecuali tentang apa yang berlaku kepadanya selepas kemalangan itu sehingga di hospital, dia tak ingat langsung.
Hari ini dia pergi ke sekolah seperti biasa. Pagi tadi saya bertanya kepadanya. Macamane? Dia menjawap, ok, alhamdulillah cuma tak ingat apa yang berlaku padanya....
Inilah pengalaman yang sungguh mendebarkan. Inilah dugaan yang baru sedikit Allah berikan kepada hambaNya. Allahuakhbar...tak dapat bayangkan bagaimana jika berpanjangan. Oleh itu, dalam banyak hal.....mestilah berhati-hati terutama bahagian kepala kerana di situlah segala galanya...Otak...
Semuga Fahmi lebih berhati hati....Hari ini dia mula bertanya apa yang dicakapkan dan dilakukan semalam. Sambil berkata, betul Fahmi buat itu???? Fahmi tak ingat pun..........