Followers
Saturday, January 9, 2016
Bahagian Kedua - Menjelajah Turki
Perjalanan dari Istanbul ke Bursa 230 km melalui jalan darat dan laut. Bas kami perlu menaiki feri untuk ke seberang.
Di dalam perjalanan kami boleh melihat banyak burung laut .
Sampai di Bursa , kami singgah makan tengahari di sebuah restoran kebab di Bursa. Setelah selesai, kami dibawa ke Green Mosque atau Yesil Camii untuk bersembahyang zohor dan azar. Ianya sebuah masjid yang terkenal dibina dengan seni bina arkitek dari zaman Ottoman.
Walaupun dari luarnya nampak seperti masjid masjid lain tetapi sungguh indah pemandangan di dalamnye. Anda pasti terpegun.
Ini pemandangan di sebelah luar. Kedudukannya di atas bukit.
Selesai solat, tiba masa bershopping di silk bazaar.
Di antara barang barang yang terdapat di sini.
Kemudian melawat sebuah lagi masjid terkenal iaitu Grand Mosque Ulu Camii. Masjid tertua di Bursa. Ia dibangunkan oleh Sultan Beyazid 1. Ia mempunyai 20 kubah.
Pemandangan di dalam nye memang sangat cantik. Penuh dengan ukiran ukiran lama dari zaman Ottoman.
Di dalamnye berbagai aktiviti dapat dilihat. Ini ruang membaca dan menghafal Al Qur'an. Sungguh mengasyikkan apabila berada di dalam. Semua ruang dipenuhi dengan ukiran dan ayat ayat Al Qur'an.
Ini pemandangan di luar kawasan Grand Mosque. Selesai kami check in di Hotel Tiara Thermal di Bursa dan makan malam di situ. Esok ke Pamukkale.
Subscribe to:
Posts (Atom)