Followers

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru.....

Sudah 2 tahun tidak menyambut hari guru di sekolah......Hari ini 16 hb Mei, setiap tahun sambutan hari guru di setiap sekolah.

Teringat dulu, setiap hari guru hadiah2 seperti bunga banyak diberi oleh pelajar2. Yang nak tergelak tu, pelajar yang selalu dimarahi yang memberi hadiah ......Maklumlah..."teacher" garang di sekolah. Ingat lagi cakap Guru Besar semasa mesyuarat guru, " Hah! Dah dengar suara Cikgu Nafisah satu sekolah" Ha ha ha....lucu betul... Kuat sangat ke suara saya?????? Baru perasan!!!!!!

Itulah kenangan semasa mengajar. Sangat terkenal dengan suara yang lantang semasa mengajar sehingga guru besar beri sepenuh kepercayaan mengajar kelas2 yang ada masalah sahaja. Guru Besar pernah berkata, "Saya tengok bila Cikgu Nafisah berjalan masuk ke kelas, semua murid akan berlari duduk di tempat mereka dan kelas senyap sunyi"

Sampai kelas yang saya mengajar, kawan anak saya pernah bertanya kepada anak,"Ibu garang ke di rumah?" Anak saya akan berkata,"Ibu saya lagi garang di rumah"...Pada saya, mengajar apa2 ilmu tu sangat utama. Saya akan berasa tidak puas hati jika anak murid saya tidak dapat menguasai bahasa yang diajar. Itulah salah satu sebab kenapa saya berpencen awal...saya rasa tanggungjawab terlalu besar untuk saya pikul. Umur dah meningkat dan tidak berupaya mendidik mereka seperti biasa.

Walau apapun, semangat seorang pendidik masih ada di dada walaupun dimamah usia. Untuk para pendidik "Selamat Hari Guru"

2 comments:

  1. Salam Yong

    Selamat Hari Guru kepada bekas2 guru....
    Akak saya pun pencen awal, rimas katanya dengan politik pendidikan sekarang....tapi cikgu pencen ni lagi sibuk aktivitinya daripada masa alam perkhidmatan....

    ReplyDelete
  2. Betul betul betul......kita dah tua ni tak sanggup dengan macam2 model dan aktiviti nak dibuat di luar tugas guru......

    Sekarang , dah bebas....nak ckp apa pun tak kisah. tapi kesian dengan cikgu2 sekarang....Mereka sajalah yang tau apa ceritanya......

    ReplyDelete