Cuti sekolah sudah bermula. Masih takde perancangan apa -apa lagi kerana anak-anak masih bersekolah kelas tambahan. Yang hebatnya dari semalam dan hari ini ahad pun mereka ada kelas tambahan dari pagi dan petang.
Insyaallah berkat usaha yang perpanjangan, di harap Sek Men Agama AlKhairiah akan meraih kecemerlangan samada dari PMR, SMA atau SPM. Tahun ini dua anak yang akan menduduki peperiksaan SMA dan SPM. Yang bongsu baru di tingkatan satu. Kesian , dialah yang selalu mendesak untuk pergi ke mana2 di musim cuti ini.
Insyaallah, Ijah....kita boleh berjalan selepas abang-abang berdua tu habis kelas tambahan. Kemungkinan sehingga rabu minggu depan mereka ada kelas tambahan. Terima kasih guru-guru sekalian , semuga Allah jua yang dapat membalas jasa kalian semua...
Jadi, walaupun cuti sekolah...kenalah bangun pagi-pagi juga untuk sediakan sarapan pagi untuk abang-abang Ijah sebelum ke kelas tambahan...
Salam Hajah,
ReplyDeletelama tak berhapdet. Pe kabor?
Yalah selagi anak tak lepas, memang tak cutilah kaum ibu!
Salam,
ReplyDeleteYer ler kak....Selagi anak2 masih bersekolah, kita macam bersekolah juga ler....Hai...lama lagi tu... Anak bongsu baru Form 1 lagi. Sabo je ler....
Kak dah bebas ke sana sini...Seronoknya... Tahun ni umur genap 50 .. terasa dah tak larat nak jalan jauh2...apa lagi melancong...Tah tau lah..Tengok je ler nanti...