Followers

Saturday, January 7, 2012

Penyapu lidi kelapaku......

Petang ni tak ramai pelanggan yang datang...mungkin masih sibuk dengan urusan anak2 lagi. Di depan rumah ada 2 pelepah kelapa yang berjuntai ke bawah. Ah!!! nak buat apa dengan pelepah2 ini yer? Mengganggu tempat letak kereta sahaja.

Terfikir pula...penyapu lidiku sudah semakin nipis dan lama. Bak kata Tun Mahathir, "Dah lama dah".....He he he....sempat lagi tu. Terus menyuruh Firdaus mengambil parang dan memotong serta meleraikan satu2 daun kelapa, lalu diletakkan di tepi rumah.

Apa lagi, terus merautnya satu persatu. Dari pukul 6.00 petang sehingga 7.10 malam, baru selesai. Itu baru 2 pelepah. Dah selesai, baru dapat se ikat penyapu .Itulah kisahnya....

6 comments:

  1. Rajinnye ....dah lama tak buat penyapu lidi sendiri ...lagipun kat sini takde pokok kelapa...

    ReplyDelete
  2. Salam Hajjah,

    Kalau rajin, apa pun boleh dilakukan dan percuma lagi!

    ReplyDelete
  3. amie tiez,

    Hai...pokok kelapa tanam sendiri. Rumah tepi sekali...ada banyak ruang tanah kosong tepi paya dan tanah kosong kat depan rumah...alhamdulillah hampir 10 tahun kat sini...pokok kelapa yang tanam pun dah dapat hasil kelapa mudanya....nak beli mahal...

    Ada sekali tu..punya nak makan umbut kelapa, maka tebanglah sebatang pokok. Sayang juga tapi nafsu nak makan lagi kuat..nak beli kat kedai takde....

    Tq singgah sini.

    ReplyDelete
  4. Moh Kembara,

    Memang betul..tepat sekali...tapi kita ni bukan rajin sangat... nak beli penyapu lidi kena pergi pekal sehari hari ahad... nak pergi tu bercinta...tak suka sangat .. Nak beli barang2 selalunya di pasar je...mana ada jual penyapu lidi.

    Saya suka menyapu menggunakan penyapu lidi...Itulah yang susahnya...Kena jugalah dapatkan juga.

    ReplyDelete
  5. Hi Hajah Nafisah, how you doin'? As I type this, out temp is -18'c, and all ice outside. The snow suda jadi ayer batu, icebergs.

    I enjoy read your bahasa, da lama ta'bacha 'pelapah kelapah'....and penyapu.
    Its is from blogs like yours that I can still refresh my bahasa.
    Bahasa saya da la out of tune, sebelum Merdeka.

    Minta ma'af da lama ta'singga sini, sebab computer saya kena massive heart attack....da kena makan bubur dan ikan sepat masin, ha ha, tukar hard drive baru.
    Lepas ni saya kena buat balek everything into like before. Terok betul, lintang pukang, ha ha.
    You have a nice weekend, Hajah, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  6. UL,
    At last...U came to my pondok juga. Thanks.

    Ha ha ha...that day , nothing to do...very free... so i decided to take that pelepah kelapa for making penyapu lidi....

    Do come again to refresh your bahasa...

    ReplyDelete