Followers

Sunday, January 1, 2012

Musim persekolahan akan bermula........

Selamat bertemu kembali......

Baru selesai menjahit baju2 persekolahan untuk anak2 malam tadi. Maklumlah dah pencen ni kenalah jahit sendiri baju2 mereka baru puas hati terutama baju untuk anak bongsu, Nurul faizah yang akan menduduki tingkatan satu di Sek Men Agama Alkhairiah di Temerloh.

Memang tradisi kami, anak2 tak masuk sekolah asrama penuh apabila berada di tingkatan satu. Kami akan menolak tawaran kerana kami lebih selesa mereka membesar di rumah dengar leteran terutama dari ibu mereka....

Barang2 persekolahan pun sudah dibeli awal2 lagi. Baju je yang tertangguh2 untuk menjahitnya. Firdaus akan melanjutkan pengajiannya ke LLB di UITM dalam bulan 2, tinggallah 3 orang di rumah setakat ini.

Sekolah Menengah Agama AlKhairiah ini memang menjadi sekolah pilihan kami dari anak sulong, Muhammad Firdaus sehinggalah kepada Nurul Faizah. Kami lebih suka mereka mendapat didikan agama di samping akedemik dari sekolah tersebut. Semuga sekolah agama ini akan terus di ikhtiraf dan dinaiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

Hari Selasa sudah mula mendaftar Faizah ke tingkatan satu....Selamat belajar di sekolah menengah dan cemerlang dalam ilmu agama dan akedemik...insyaallah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Hajjah,

    Saya pun fikir antar anak umur 13 ke asrama terlalu awal. Membesar di luar rumah. Masa kita dgn dia dah berkurang. Elok simpan deme di rumah sama kita sampai umur 17-18 gitu. Baru puas rasa membela deme. Nanti masuk U, baru berpisah lama sikit.

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam...
    Memang betul tu. Tapi ada juga dengar orang marah tindakan kami buat mcm tu menghalang anak masuk asrama semasa tingkatan 1.

    Anak ada juga mempersoalkan knp dia tak boleh ikut kwn masuk asrama penuh, tapi kita sebagai ibubapa kenalah memberi jawapan yang membina kpd mrk...

    Alhamdulillah anak2 mengikut sahaja malah cemerlang juga dalam pelajaran.

    ReplyDelete