Followers

Sunday, January 29, 2012

Melancong bersama Tupperware......



Sudah lebih dari 20 tahun berkecimpung dengan bisnes Tupperware ini, banyak tempat dan negara yang dilawati. Boleh klik ke tempat2 yang saya telah pergi di sebelah kanan. Selama melancung ini, rasa2 tempat yang paling seronok ialah ketika ke Mesir. Sehingga cerita2 dipaparkan dalam 3 siri. Ini adalah kerana bukan saja dapat melancong ke bumi Ambia dengan tinggalan2 sejarah zaman nabi2 dan sahabat2 baginda tetapi dapat juga melawat anak yang masih di tahun ketiga di Universiti Al Azhar, Kaherah.


Tempat yang kedua best ialah di Cape Town, Afrika Selatan. Yang lain 2 tu seronok juga . Apa tidaknya dapat melihat negara asing bagi kita. Banyak ilmu dan pengalaman saya dapati dari lawatan2 tersebut. Seperti kata orang " jauh perjalanan luas pemandangan".


Pengalaman di Lake Toba paling menguji kesabaran. Apa tidaknya perjalanan dengan bas dari Medan ke Lake Toba memakan masa hampir 4 jam dengan keadaan jalan yang sempit, hon2 dan sangat sesak. Sungguh menyeksakan....Tapi , apabila sampai saje di Lake Toba.....terus hilang segala keletihan. Sangat cantik dan "grand". Tak dapat digambarkan oleh tulisan. Kami menginap betul2 di Puncak Lake Toba...Takde lagi kawasan yang tinggi lebih daripada itu.


Walau bagaimanapun, jika diberi peluang cukup lah itu yang pertama dan terakhir ke Lake Toba. Pada 10.2.12 ini, kami akan melancong ke Sepanyol pula, iaitu Madrid dan Barcelona. Tak sabar menanti tarikh tersebut. Semuga perjalanan dengan Tupperware untuk menimba ilmu dan pengalaman itu dalam perlindunganNya......


Tuesday, January 24, 2012

Alhamdulillah.....iklan dah lari....


Baru lega rasanya.....iklan jahat dah dihalau keluar dari menempel di blog ini. TQ kepada yang cuba membantu tempoh hari....

Hidup perlu diteruskan seperti biasa. Salam ceria dan selamat berblogging untuk semua......

Sunday, January 22, 2012

Blog kena kacau Iklan......


Wahai pembaca yang budiman.......

Boleh bantu saya mengeluarkan dan menghapuskan iklan yang menempel lekat di blog ini.......tolong beri pertolongan dan tunjuk ajar bagaimana caranya......

Tak tahu entah kenapa dia menempel di sini. Bila nak masuk blog ini, terus keluar iklan tersebut.....Takde siapa mengundang iklan itu ke sini.....

Tolonglah.....

Saturday, January 21, 2012

Cuti-cuti sekolah.....



Angin kencang mencapai kelajuan 126 km/jam....Wah!!! kalau pakai kain boleh terbang kain ni..........tak nak lah masuk dalam tu???????

Layanlah fahmi....semua benda nak mencuba....Aik!!! mane adik2 ni....tak keluar2 lagi. Siap posing lagi tu...cepat cepatlah....tepi..nanti adik2 pula nak turun tu...

Fahmi takde lesen memandu lagi tu.....macamane nak memandu......Ooo.....ni kereta kat Petro sains je........

Ijah sedang memandu jugak?????......lajunya.....hati-hati....hah!!!! kan dah langgar bahu jalan tu??????

Apa yang dilihat oleh mereka berdua tu???????? asyik sangat tu!!!!!!!!

Gambar-gambar magic........wah!!!!banyaknya gambar tu............berlapis lapis jadinya.....

Hati-hati.....kat belakang ada dianasor besar nak makan!!!!!!!! larilah............Aik! tak takut

pun......

Mak Oi.... dah kena tembak pun tak mati????

Sama je gigi tu........takde perbezaan pun....

Begitulah di antara kerenah anak-anak semasa di Petro Sains. Sekali sekala melayan takpe....Selepas ini tumpu kepada pelajaran pula. Semuga kejayaan menanti ketiga tiga anak-anak yang kecil ini.....

Fahmi akan menduduki SPM, Farhan akan menduduki SMA manakala Faizah baru melangkah alam persekolahan menengah.......Semuga berjaya!!!!!!!

Ok...berjumpa pula di lain masa....hai....lagi 2 minggu lagi akan pergi ke Sepanyol ni. Teruja juga...maklumlah sekarang ni musim sejuk lagi....winterlah katakan......tunggu.........

Wednesday, January 18, 2012

Pasar ........

Hari ini teringin hendak makan ikan "fresh". Pagi2 lagi selepas menghantar anak2 ke sekolah terus ke bank untuk beberapa urusan. Selepas itu terus ke pasar yang terletak di belakang Hotel Semantan di Temerloh..

Di situ ramai terdiri dari penjual berketurunan cina sahaja. Manakala pengunjungnya pun ramai2 adalah di kalangan mereka juga kerana di sini terdapat banyak ikan dan sayur2an kesukaan kaum cina.

Saya datang ke sini seminggu sekali, tetapi sekali beli banyak juga untuk keperluan 3 atau 4 hari. Harganya memang sgt murah jika di bandingkan dengan pasar biasa. Wow!!! ramainya dari biasa .... sampai berbaris semasa hendak membayarnya. Tapi sgt puas hati dapat beli ikan senangin, ikan tenggiri dan sotong.

Itulah aktiviti di pagi hari ini. Baru lepas bersarapan dengan sebungkus nasi lemak dibungkus dengan daun pisang. Mmmm.... seleranya....

Saturday, January 7, 2012

Penyapu lidi kelapaku......

Petang ni tak ramai pelanggan yang datang...mungkin masih sibuk dengan urusan anak2 lagi. Di depan rumah ada 2 pelepah kelapa yang berjuntai ke bawah. Ah!!! nak buat apa dengan pelepah2 ini yer? Mengganggu tempat letak kereta sahaja.

Terfikir pula...penyapu lidiku sudah semakin nipis dan lama. Bak kata Tun Mahathir, "Dah lama dah".....He he he....sempat lagi tu. Terus menyuruh Firdaus mengambil parang dan memotong serta meleraikan satu2 daun kelapa, lalu diletakkan di tepi rumah.

Apa lagi, terus merautnya satu persatu. Dari pukul 6.00 petang sehingga 7.10 malam, baru selesai. Itu baru 2 pelepah. Dah selesai, baru dapat se ikat penyapu .Itulah kisahnya....

Sunday, January 1, 2012

Musim persekolahan akan bermula........

Selamat bertemu kembali......

Baru selesai menjahit baju2 persekolahan untuk anak2 malam tadi. Maklumlah dah pencen ni kenalah jahit sendiri baju2 mereka baru puas hati terutama baju untuk anak bongsu, Nurul faizah yang akan menduduki tingkatan satu di Sek Men Agama Alkhairiah di Temerloh.

Memang tradisi kami, anak2 tak masuk sekolah asrama penuh apabila berada di tingkatan satu. Kami akan menolak tawaran kerana kami lebih selesa mereka membesar di rumah dengar leteran terutama dari ibu mereka....

Barang2 persekolahan pun sudah dibeli awal2 lagi. Baju je yang tertangguh2 untuk menjahitnya. Firdaus akan melanjutkan pengajiannya ke LLB di UITM dalam bulan 2, tinggallah 3 orang di rumah setakat ini.

Sekolah Menengah Agama AlKhairiah ini memang menjadi sekolah pilihan kami dari anak sulong, Muhammad Firdaus sehinggalah kepada Nurul Faizah. Kami lebih suka mereka mendapat didikan agama di samping akedemik dari sekolah tersebut. Semuga sekolah agama ini akan terus di ikhtiraf dan dinaiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

Hari Selasa sudah mula mendaftar Faizah ke tingkatan satu....Selamat belajar di sekolah menengah dan cemerlang dalam ilmu agama dan akedemik...insyaallah.