Followers

Tuesday, February 1, 2011

Teringatkan Fadhilah di Kaherah, Mesir


Dah beberapa malam tak berapa lena tidur, teringatkan anak yang masih berada di Rumah Pahang di Kaherah. Dia seorang yang manja daripada adik beradik yang lain. Dia lah satu2 anak yang suka duduk berkepit dan duduk di riba abahnya...

Baru sebentar tadi menelefon dia. Dia baru bangun untuk mendirikan solat subuhnya. Di sana baru pukul 5.oo pagi.

Malam tadi, mereka baru diberitau yang proses pemindahan pelajar akan bermula bila2 masa saja. Ya Allah, selamatkan perjalanan mereka ke destinasi yang hendak dituju. Mereka berenam dari rumah sewa berpecah dua. Empat org tinggal di Rumah Perak dan Dila dan seorang lagi di Rumah Pahang.

Harap-harap kerajaan Msia bertindak segera. Negara2 lain sudah pun memulakan proses mengangkut rakyat ke negara masing-masing. Keadaan huru hara. Bekalan makanan sukar didapati kerana kedai dan pasaraya tutup. Bekalan air sudah dicatu.

Entahlah apa nasib pelajar-pelajar msia jika bantuan dari Malaysia lambat sampai. Tuhan saja yang Maha Mengetahui segala-galanya.....

2 comments:

  1. Tertanya2 apakah halangan menyebabkan Krjn M'sia terlalu lambat bertindak & tindakannya pulak kurang bijak.. Negara Jiran Indonesia dah hantar 3 Garudanya amik student2 mereka balik

    ReplyDelete
  2. wifenavy,
    salam. tu lah pasalnya.Kapal dari laut sampai Mesir hari Sabtu nanti. Kapalterbang baru ura2 nak dihantar hari ini atau esok. Entah bila sampai ke Mesir.Muga2 tiada apa2 segala yang dirancang berjalan lancar. Insyaallah.

    ReplyDelete