Followers

Monday, January 31, 2011

Ya Allah, selamatkan anakku dan semua penuntut di Mesir.

Ya Allah, kami memohon perlindunganMu dari kesusahan. Permudahkan dan peliharalah keselamatan anakku NurFadhilah yang berada betul-betul di bandar Kaherah.

Baru 10 minit tadi, tepat pukul 7.30 malam di Malaysia. lbh kurang 1.30 petang di Kaherah, dapat berhubung dengan Fadhilah. Mereka berenam dibawa oleh Ustaz menuju ke Rumah Pahang, tempat penginapan pelajar2 Malaysia.

Di Rumah-rumah ini, mereka akan berkumpul dan menunggu arahan2 yang selanjutnya, Samada akan diterbangkan ke negara2 jiran atau seterusnya...

Betapa risaunya hati. Dua hari lepas Faghilah ada menelefon mengatakan mereka takut hendak keluar membeli barang2 keperluan di bandar Kaherah itu menjadi huru hara dengan askar, polis dan org2 awam yang berhimpun. Sambil menangis dia berkata , mereka berenam hanya duduk di dalam rumah sambil menonton tv dan makan bekalan2 yg ada saja.

Alhamdulillah . mereka sudah diambil dan dipindahkan ke Rumah Pahang yang lebih selamat berbanding dgn rumah sewa .

Tunggulah arahan yang selanjutnya oleh kedutaan Malaysia di Mesir. Doakan keselamatan mereka dan pengakhiran krisis yang melanda Mesir. Amin.

Selanjutnya sila klik di sini dan klik di sini.

6 comments:

  1. Doa saya bersama hajah juga... moga Allah selamatkan mereka semua

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Mak Andak, ya Allah..semoga Fadhilah selamat di sana insyaAllah..amin3x..kita sama-sama doakan ya..

    ReplyDelete
  3. a kl citizen,
    terharu dengan doa dan harapan yang diberi. tq. Baru tadi bercakap dengan anak (2.30 petang tadi), mereka masih menunggu arahan dan sudah berkumpul di rumah malaysia. Tapi masih ramai lagi kwn2nya di rumah sewa. Mereka ckp kerja2 pemindahan bersambung hari ini kerana perintah berkurung. Semuga mereka selamat. amin.

    ReplyDelete
  4. ummu farhan,

    tq atas doa. sama2 kita berdoa. Fadhilah cakap tadi, negara2 lain sudah mula mengangkut rakyatnya. tak tau lah mcmane lagi dengan semua pelajar msia. keadaan disana semakin huru hara. makanan di catu. Muga dia sabar dengan dugaan. Kita di sini sekadar boleh berdoa kepada Allah. Ya Allah, selamatkan dan permudahkan segala2nya.

    ReplyDelete
  5. adik saya juga berada di Rumah Pahang... dia dan 13 org kawannya dari Jordan sedang bercuti di Mesir sebelum pergolakan tersebut berlaku. Adik saya dan kawan2nya patut bertolak balik ke Jordan pada 30 Januari lepas tp tak dapat sbb dh kena perintah berkurung... sama2 doakan mereka selamat....

    ReplyDelete
  6. Anil Wanina,

    Ya. kita hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah sahaja. Semuga kerajaan Msia bertindak segera.

    ReplyDelete