Majlis akad nikah berlangsung di Kuantan. Berlangsung dalam keadaan Covid sedang mengganas. Jadi kami tidak turut serta ke Kuantan.
Majlis bertandang ke rumah lelaki di Jengka 8 berlangsung dalam keadaan tenang dengan SOP yang ketat. Kakak Sulong di Kelang pun tidak datang kerana Covid.
Majlis berjalan dengan lancar. Sebaik pengantin menjamu selera, kami mula beransur pulang ke Temerloh.
Inilah Ad, anak saudaraku dan anak bongsu Pak Ngah. Selamat Pengantin Baru Ad.
No comments:
Post a Comment