Followers

Monday, January 25, 2021

PKP Kali Ke 2 - 22.1.2021 sehingga 4.2.2021.

 

Kali ini  kebanyakan negeri naik jumlah positif,  Ini disebabkan ramai orang berpusu2 menghantar bantuan ke negeri2 yang terkena banjir yang teruk terutama Temerloh.  Tiada satu pun negeri yang bertanda hijau sekarang ini.  Harap2 dan kita semua berdoa semuga sebelum habis tarikh PKP 4.2.21 ini kes turun. 


Ini di antara kampung2 di Temerloh yang terkena banjir sehingga ke atap. Jadi cuba bayangkan lah bagaimana barang2 di dalam rumah.


Banyak barang tidak boleh digunakan langsung.


Ini keadaan di traffic light JB semasa air surut, lumpur2 perlu dibersihkan segera.


Ini gambar air surut di Seven Eleven  JB.


Barang2 dapur dan barang2 fresh spt ikan dan ayam perlu dibeli online


Cuma perlu ditambah dengan charge COD saje. 


Di Pahang walaupun PKP, ceramah maghrib dan Subuh tetap dijalankan. Solat Berjamaah juga juga seperti biasa.


Mlm ini, tiba giliran Ustaz Fahmi memberi ceramah di Masjid Bunga Raya.


Ceramah dan solat berjamaah dijalankan mengikut SOP yang ketat. Harap2 kes di Pahang semakin baik supaya kami dapat meneruskan seperti biasa. Amin.


Di samping itu kebetulan TV di rumah rosak terus ke kedai mencari TV Android terus.


Terus pekerja kedai itu menghantar dab memasangnya.


Wah..... dah lama nak beli sebenarnya tapi TV lama elok lagi. Mcm2 boleh buat dengan TV Android ini.


Aktiviti2 6 cucu2ku juga tidak ketinggalan. Aryan sibuk bermain seorang di dalam rumah je.


Adam masa ini boleh lagi pergi ke PASTI kerana ibu dan bapanya kena pergi bekerja.


Ayra boleh bermain  dengan dengan Dina. Tapi Dina kadang2 ke School juga. Ini adalah kerana Dr Dila  masih lagi bercuti bersalin.


Dina suka bermain dan melayan  adiknya .


Wardina dan Wafi di hantar ke rumah pengasuh . Kadang2 bila takde kerja ayahnya suruh tinggal bersama Wafi di rumah saja.


Inilah Wafi. Dia sebaya Adam berumur 5 tahun. Semuga keluargaku di lindunggi dari Corona Virus. Semuga Corona Virus hilang di mukabumi ini. Amin, Ya Allah.

Sunday, January 17, 2021

Banjir 2021 di Temerloh, Pahang.

 

Banjir melanda Temerloh lagi pada awal Januari tapi tidak seteruk Tahun 2014. Huruf Temerloh di Sg Pahang mencapai tahap separuh huruf tersebut.

Temerloh adalah yang teramai mangsa banjir di Pahang. Manakala Pahang merupakan yang teramai bilangan mangsa banjir berada di PPS. Dari situ boleh lihat teruknya Temerloh ditimpa musibah ini.


Kami di Taman Bahagia terkepung. Hanya boleh ke TJ saja. TJ pun jalan menghala ke bandar tersekat di traffic light TJ yang dalam. Ini adalah gambar di traffic light JB juga dipenuhi air yang dalam.


Ini di belakang Oren Kek dan Speedmart. Yang paling kami takut ialah air dari Taman Bunga Raya iaitu air dari Sg Semantan  dari Mentakab. Mentakab sudah ditenggelami air.


YDPA dan Permaisuri turut datang memberi bantuan kepada mangsa2 banjir di Pahang. Nak jadikan cerita, Agong memandu sendiri kereta meredah jalan di Lanchang yang dalam.


Inilah laluan di KM 84.4 yang dipenuhi air  sehingga laluan ke KL terpaksa ditutup.


Dr Dila terpaksa memendekkan masa pantangnya, meredah jalan yang panjang ikut Muazzam ke Bahau dan Kuala Pilah untuk ke KL selama 6 - 7 jam perjalanan kerana suaminya ada urusan kerja. Kesian baby dan Dina terpaksa duduk dalam kereta berjam2 lamanya.


Kami juga membuat banyak persiapan di rumah. Para2 Besi terpaksa di pasang bebrapa biji di dalam rumah untuk di letak tilam dan baju2 di atasnya. Kami tidak mau lagi peristiwa habis barang2 totally rosak pada banjir 2014. Kami juga menyewa dan booked sebuah homestay 2 tingkat berdekatan untuk kami tinggal jika berlaku banjir besar. Kami tidak akan tinggal di PPS di sekolah.


Air mula melimpah longkang besar di depan rumah kami. Katanya akan ada gelombang besar juga . Alhamdulillah banjir mulai surut dan rumah kami selamat dari banjir. Semuga mangsa2 banjir yang lain diberi kesabaran dan kekuatan dan di beri ganti oleh Allah dengan yang lebih baik.

Majlis Pernikahan Ad 26.12.2020

 

Majlis akad nikah berlangsung di Kuantan. Berlangsung dalam keadaan Covid sedang mengganas. Jadi kami tidak turut serta ke Kuantan.


Majlis bertandang ke rumah lelaki di Jengka 8 berlangsung dalam keadaan tenang dengan SOP yang ketat. Kakak Sulong di Kelang pun tidak datang kerana Covid.


Majlis berjalan dengan lancar. Sebaik pengantin menjamu selera, kami mula beransur pulang ke Temerloh. 


Inilah Ad, anak saudaraku dan anak bongsu Pak Ngah. Selamat Pengantin Baru Ad.

Majlis Pertunangan Ustaz Fahmi.

 

Majlis yang ringkas dan mudah berlangsung pada 25.12.2020.  Selepas berbincangan, maka bermulalah acara menyarung cincin di jari manis bakal menantu.


Kali ini, orang dalam pantang baru 30 hari juga turut serta . 2 puteri ikut sama iaitu Dina dan Ayra. Mereka berpakaian sedondong warna merah. Sangat cantik.


Besan yang tinggal di Sg Gau pun turut serta. Tq Ha. Sedondong pula tudung kami macam berjanji pulak.


Perbincangan sambil santai sebelum menjamu selera dengan makanan untuk tengahari disediakan.


Majlis berlangsung dalam 3 jam . Selesai majlis kami mengabadikan dalam sebuah photo. Semuga jodoh mereka akan berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Amin.