Tahun 2020 menjadi sejarah bagi kita semua. Tahun beraya tanpa anak2 balik kampung kerana PKP. Jadi berpuasa dan berayalah dengan siapa yang ada saja di rumah. Anak2 beraya di tempat masing2. Jadilah pagi raya bersama telekung2 dan baju solat dan khutbah raya di rumah saja.
Abaikan bagasi di sebelah tepi tu. Sepatutnya pergi Umrah selama 20 hari pada 4.3.2020 tapi apa kan daya Covic melanda. Lagi seminggu penerbangan ke Mekah, Arab Saudi tidak membenarkan jemaah umrah masuk ke Tanah Haram . Semuga ada rezeki kami ke sana lagi pada tahun 2021 ini.
Selepas mendengar Khutbah Raya oleh Abahnya, bermaaf2 an sesama ahli yang ada. Ustaz Farhan dan Ustaz Fahmi memang stay di rumah saja. Nak berceramah dan mengajar agama tidak dibenarkan lagi. Ijah belajar online saja kerna Kolej di arahkan tutup.
Tiada aktiviti kunjung mengunjung . Pagi raya memang masak sedikit ketupat dan nasi impit. Berilah kepada jiran2 yang terdekat untuk menghidupkan suasana hari raya. Ustaz Farhan di minta untuk membaca Yassin di rumah saudara setaman di sini.
No comments:
Post a Comment