Followers

Sunday, October 25, 2020

Cuti-cuti Cik Pah Ke Kelantan Permulaan 2020

Januari, 2020 kami bertiga adik beradik perempuan menaiki kapalterbang balik kampong di Kelantan. Olek kerana tiada kenderaan, kawan2 dan saudara mara datang ke rumah adik di Kok Lanas dan membawa kami berjalan2. Tq Cikgu Liza menguruskan dan menghantar kami di Airport.  Sebelum itu bawa kami kami makan di restoran laksam yang terkenal itu.


Sepupu, Sowah datang dan bawa kami makan tengahari di rumahnya di Ketereh.


Rodong lama dalam Tupperware, Ani bawa kami bersiar2 dan makan  di sebuah restoran di Kok Lanas.


Saudara Lan di  Pulau Chondong pun menjamu kami di rumahnya. 


Akhir sekali kami 4 beradik makan bersama2 di Restoran Nasi Kukus dan Nasi Kerabu. Seorang abang tidak turut serta.


Sedap juga. Ramai pelangan2 yang menjamu di sini . Katanya nasinya cepat habis.


Di samping itu, rodong sepermainan kami semasa kecil dulu di Berek Polis Temerloh yang sudah menetap di Kelantan juga datang ke rumah adik di Kok Lanas, Tq Kak C. Bawakan pulut kuning dan rendang lagi.


Setelah hampir seminggu di Kelantan, adik terus ke Indonesia dan kami berdua berangkat ke KL


Lain kali kami akan berkunjung lagi ke Kelantan. Seronok dapat berkumpul adik beradik di kampung.
 

No comments:

Post a Comment