Followers

Friday, December 4, 2020

Cucu Ke 6.

 

Pada 28.11,2020, lahirlah seorang lagi cucu perempuan dari Dr NurFadhilah dan Najmi.


Ada komplikasi semasa melahirkan, terpaksa di bawa ke bilik pembedahan untuk melahirkan. Maka cepat cepat ke Kajang dengan membawa beberapa ekor ikan Haruan Sg Pahang. Ibu dan anak terpaksa duduk beberapa hari lagi. Masak ikan Haruan dan dibekalkan kepada ibunya.


Apabila sudah mencecah 5 hari, kuning baby mula kelihatan. Nasib baik ada adiknya di Hoshas Dr Faiz mengambil darah untuk di check tahap kekuningan itu. Alhamdulillah setakat hari ini, kuningnya adalah dalam carta menurun.


Semuga membesar dengan sihat yer baby.... Setakat hari ini, tiada kata putus lagi nama yang akan diberi. So kita panggil baby je...


Kakaknya,  Medina sangat suka dengan kehadiran adik barunya itu. Semuga menjadi anak anak yang solehah.

No comments:

Post a Comment