Hari ini genaplah usiaku yang ke 5__ tahun, Tahun ini dapat banyak kek. Kek yang pertama dari Fahmi. Yang kedua dari Nadh. Kali ini dari Dila pula. Tq semua,
Followers
Friday, October 30, 2020
Hari Kelahiranku 7.10.2020
Berkelah di Janda Baik, Bentong
Bulan September , dapat berpeluang menginap di Embun Luxury Villa di Janda Baik.
Farhan sebelum balik ke Temerloh kerana bertugas petang itu. perlu sampai ke rumah sebelum pukul dua.
Sungguh seronok kalau sermua dapat berkumpul. Keluarga Faiz dan Farah tiada bersama.
Thursday, October 29, 2020
Hari Jadi Faizah di bulan Ogos, 2020
Ini adalah hadiah yang dikirim oleh kakak Faizah sewaktu dia tidak dapat balik lagi kerana peperiksaan di kolej sebelum itu.
Dia merayakan bersama rakan sebiliknya. Semuga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam Rahmat Allah. Amin.
Tuesday, October 27, 2020
Aktiviti2 semasa Covic Mulai Reda.
Ustaz Fahmi juga tidak melepaskan peluang untuk membahagikan rezekinya sebagai ejen Takaful Ikhlas dengan membawa kami berlima makan di sebuah restoran. Semasa ini di bolehkan makan berkeluarga di luar.
Semuga keadaan ini akan terus pulih seperti sediakala.
Monday, October 26, 2020
Puasa dan Hari Raya Musim Covic
Pak Ngah dan Mak Ngah di Jengka 8
Semasa Covic sebelum Gelombang Ketiga, Berkesempatan melawat Mak Ngah dan Pak Ngah berselang seli masuk wad di Hospital Jengka.
Corona Virus Covid 19
Bulan Mac, 2020 bermulalah episod Covic menyerang negara kita. Asalnya dari Negara China.
Pada peringkat pertama PKP ini, kesemua rakyat berkurung di dalam rumah. Satu ahli dalam keluarga boleh keluar membeli barang-barang keperluan. Kemudian dilonggarkan menjadi dua orang dan akhirnya satu kereta sebelum Gelombang Ketiga menyerang semula negara bulan Oktober.
Gelombang pertama Kluster Sri Petaling memjadi punca ramai yang dijangkiti. Gelombang Ketiga ini pula Kluster Sabah menjadi punca jumlah naik meroket.
Farah dan Suami terpaksa bekerja juga dalam waktu PKPB . Urusan anak terpaksa di serahkan kepada pengasuh. Yuran adalah dikira kiraan sehari. Pada masa yang samayuran Tadika mmg kena byr walaupun tidak beroperasi dan tutup. So byran musim PKPB ini DOUBLE untuk anaknya. Bayangkan susahnya kehidupan orang lain . Kita susah sebenarnya ada lagi yang lagi susah.
Dr Dila dan Dr Faiz pernah beberapa kena Swap dan Qurantine kerana menjadi Close Contact dengan Pesakit Positif Covic. Semuga mereka berdua di Lindunggi Allah sepanjang menjalankan tugas sebagai Frontliner Malaysia. Semuga Covic segera diangkat oleh Allah dari bumi ini. Amin.