Followers

Friday, December 4, 2020

Cucu Ke 6.

 

Pada 28.11,2020, lahirlah seorang lagi cucu perempuan dari Dr NurFadhilah dan Najmi.


Ada komplikasi semasa melahirkan, terpaksa di bawa ke bilik pembedahan untuk melahirkan. Maka cepat cepat ke Kajang dengan membawa beberapa ekor ikan Haruan Sg Pahang. Ibu dan anak terpaksa duduk beberapa hari lagi. Masak ikan Haruan dan dibekalkan kepada ibunya.


Apabila sudah mencecah 5 hari, kuning baby mula kelihatan. Nasib baik ada adiknya di Hoshas Dr Faiz mengambil darah untuk di check tahap kekuningan itu. Alhamdulillah setakat hari ini, kuningnya adalah dalam carta menurun.


Semuga membesar dengan sihat yer baby.... Setakat hari ini, tiada kata putus lagi nama yang akan diberi. So kita panggil baby je...


Kakaknya,  Medina sangat suka dengan kehadiran adik barunya itu. Semuga menjadi anak anak yang solehah.

Sunday, November 29, 2020

HB Suamiku, Arshad Arbain.

 

25,11,20 hari kelahiran suamiku.  Kami sambut di Ghalit Steak House di Temerloh.


Kami makan makanan berasaskan daging dan ikan. No rice,


Sekeping kek khas untuk meraikan hari kelahiran suamiku.


Saya seorang je yang order dan makan Fish N Chip. Teringat semasa makan di New Zwaland dulu2. 


Hadiah dari anak2 semua. Tq semua kerana menghargai.


Kali ini khas dari duit poket Fahmi dan Farhan. Semuga panjang umur dan murah rezeki,

Saturday, November 7, 2020

Makan Lunch KFC


 Nasi ayam  bersama ayam KFC dengan kacang botol dan sambal pedas. Jom makan.

Lunch hari ini. Ayam KFC di order dan dibayar oleh  Farah di KL. Ibu cuma masak nasi ayam.


Nasi ayam special resepi sendiri. 


Ayam KFC 12 pieces sekotak. Ada 2 kotak berjumlah 24 pieces semuanya.  Farah cakap makan sampai muntah. Hee....


Sup kaki dan leher ayam .


Sambal nasi ayam pedas dan manis.


Pagi ini dapat kutip kacang botol berbuah lebat di kebun. Musim hujan ini buahnya sangat banyak. Rezeki, Alhamdulillah. Inilah freshnya nampak kacang botol itu. 


Sunday, November 1, 2020

COVIC pada 1.11.2020

 

Selamat Hari Kelahiran buat Farhan pada hari ini. Semuga menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa.


Virus Corona masih lagi mengganas . Semuga kita semua dipelihara dari penyakit yang berbahaya ini.


Pada hari ini 1.11.2020, Jumlah Positif di seluruh Malaysia seperti ditunjukkan di peta.


Cucu2 menjalankan aktiviti2 masing2. Si Aryan memang suka bermain di atas meja dengan lori2 permainannya. Adoi...


Adam dengan set sparepartnya. Habis dibongkar segala benda di dalam rumah. Konon2 nak jadi Mekanik lah tu.


Seperti biasa Medina suka bermain make-up2. Dengan meja cermin dan alatan2. Tapi cita2 nak jadi dokter macam ibu, katanya....


Kebetulan keadaan di Pahang masih terkawal, Wafi dan Wardina ke Rabbit Land di Jengka dengan menjaga SOP yang ditetapkan.


Wafi berpeluang menunggang kuda. Wow.... bestnya.... Kenapa muka ketatnya Wafi ooooiiii.


Seperti biasa neneknya suka berkebun di depan rumah. Musim hujan boleh kutip banyak hasil.


Cuma perlu mengolah dan mempelbagaikan masakan menggunakan hasil kebun miniku. Maka terjadilah Serunding Pucuk Ubi Kayu yang sangat sedap.


Kacang botol ditambah dengan sotong dan santan. Hmmmm memang menyelerakan.

Hari kelahiran 2 puteriku.

 

Farah meraikan hari kelahiran di KL kerana  suasana PKPB pada 17.10.2020. Semuga Allah memberkati hidup Farah bersama keluarga. Sentiasa di murahkan rezeki dan dipermudahkan kehidupan di kota raya yang besar itu.

Hari kelahiran Dila pada penghujung bulan September. Masa itu boleh lagi balik ke Temerloh. Semuga selalu dilindunggi Allah dari segala yang buruk. Semuga menjadi seorang muslimah yang baik dan penyanyang.

Friday, October 30, 2020

Hari Kelahiranku 7.10.2020

 

Hari ini genaplah usiaku yang ke 5__ tahun, Tahun ini dapat banyak kek. Kek yang pertama dari Fahmi. Yang kedua dari Nadh. Kali ini dari Dila pula. Tq semua,


Dapat hadiah lagi berupa barangan elektrik di dapur. Tq.


Faiz dan Farah tak dapat bersama. Malam ini makan Nasi Beriani Special di Beriani House,


Syukur masih boleh makan beramai-ramai, Semuga tahun depan lebih meriah. 

Berkelah di Janda Baik, Bentong

 

Bulan September , dapat berpeluang menginap di Embun Luxury Villa di Janda Baik.


Tempatnya di puncak bukit yang sangat curam. Semasa sampai saja, memang sungguh menyeramkan .iaitu adakah kereta Estima boleh naik ke atas. Hahaha....  Sampai saja di tempat parking , kami check in. Kami dibawa dengan kereta lain ke atas.



Kami di hidangkan dengan air herba istimewa iaitu campuran halia, serai , limau dan daun pudina. Sedap juga.


Farhan bangun awal kerana dia akan pulang dulu demi tugas.


Kami bersarapan di cafe yang disediakan. Makan sarapan ala2 Western gitu.



Sekali sekala berkumpul bersarapan macam ini memeang menyeronokkan.

Berjalan2 di sekitar cafenya bersama cucu-cucu.

Bersantai di tepi kolam sambil menikmati pemandangan pokok2 buah2an seperti durian. Jika musim durian berbuah mesti dapat makan. 

Wafi dan Medina kesejukan setelah berendam di dalam kolam tapi tidak mau mengalah lagi.


Farhan sebelum balik ke Temerloh kerana bertugas petang itu. perlu sampai ke rumah sebelum pukul dua.


Ini gambar waktu malam , mereka bermandi manda juga di bawah sinaran sang bulan.




Aktiviti diteruskan dengan bermandi dan berendam di dalam kolam.

Tiga cucu turut serta iaitu Wardina, Wafi dan Medina. 


Setelah kesejukan naik sebentar. Seperti biasa neneknya memang takut dengan air. So duduk di tepi saja.


Kami masak sendiri untuk dinner dan lunch. Dapurnya canggih dan cantik. Semua lengkap.


Bawa bahan2 je dari rumah. Kena masak lebih kerana kalau berkumpul memang makan apa2 saja berselera.


Sebelum pulang, bergambar beramai-ramai di ruang rumah utama. iaitu Rumah besar.


Ini di tepi kolam. Di sebelah kiri sebuah rumah kecil, bilik Dila sekeluarga dan sebelah kanan sebuah bilik lagi bilik Firdaus sekeluarga.

Sungguh seronok kalau sermua dapat berkumpul. Keluarga Faiz dan Farah tiada bersama.