Followers

Saturday, September 13, 2014

Dila balik Malaysia lagi....

 Dila kembali ke Malaysia pada 9.9.14 sehingga 20.10.14 selama sebulan setengah untuk cuti "study week" sebelum peperiksaan akhir Tahun Kelimanya.

Kali ini tidak banyak yang di bawa kerana buku-buku utk "studynya" saja berbelas kilo. Hummm....study week lah katakan.

Tapi kali ini ada benda istimewa yang dibawa pulang. Buah Tin segar.  Rupa-rupanya mcm nilah rupa buah tin segar.  Pergi Mekah dan Medinah pun dapat makan buah tin kering juga.  Semasa pergi Mesir 5 tahun lepas pun tak dapat merasa dan terserempak dengan buah tin fresh ni.

Bestnya...rasanya manis dan juicy sangat. biji-biji kecik di dalamnya tak terasa lah sangat. Harap-harap pokok tin yang di perolehi dari Dr Wahab Arbain dapat tumbuh dan berbuah. InsyaAllah.

Inilah rupanya buah tin yang dibawa oleh  Dila dari Mesir.

2 comments:

  1. Good luck dila for your exam. Festime jugk jm tgk buah tin ni

    ReplyDelete
  2. JM
    Tu lah...asyik duk memerap dalam bilik. Air con 24 jam. Dia kata kalau study kat Mesir now musim sgt panas...tu yang balik juga ke Msia. Tahun ni 2 kali balik Msia...Rezeki Allah beri.

    Tu lah . dia bawa balik 7 bj je buah tin tu....mkn sikit sikit. sbb sgt sedap. juicy sesgt.

    ReplyDelete