Followers

Monday, March 5, 2012

Lamp barbecue in Spain.......

Di sinilah tempat kami makan malam iaitu di Asador. Ianya sebuah rumah di ubahsuai menjadi sebuah restoran yang dihiasi dengan ukiran2 yang sangat menarik. Sebut saja Asador, pasti mereka akan terpegun dengan keenakan daging kambingnya...

Hidangan pertama, seperti biasa salad...... bukan kegemaran saya....

Wow!!!!! tengok daging kambingnya.... Nak tau tak??? ini adalah hidangan untuk seorang. Bayangkanlah macamane nak habis uu....... Jadi kami pun minta mereka meletakkan cuma satu sahaja di atas meja kami berenam.....


Kemudian di hidangkan pula daging yang dibakar pula. Mmm...mmg sedap.

Ini ialah "desert"nya..... sangat rangup bersama krim. Di atasnya ditabur gula.

Inilah Asador. Sempat juga bergambar dalam keadaan kesejukan malam....

Sedang menaiki tangga untuk ke ruang makan....Dapat melihat ukiran2 yang cantik di dinding dan tangganya.


Pandangan dari tepi Asador. Sungguh indah dengan cahaya lampu2 nya......

Sempat bergambar dengan Mr David Wong dan isteri yang turut hadir.

Hadiah kepada kami iaitu 2 hati berwarna pink..... Ha ha ha... mesti Farah nak yang ini......Di atasnya adalah serunding yang dibawa dari Msia... tak boleh tinggal tu.........


2 hati menjadi satu....... Tapi satu hati lagi tertinggal di Msia iaitu suami yang tersayang... He he he...

Inilah kenangan makan malam yang sungguh lazat bersama Tupperware. Bilalah lagi boleh pergi ke sana.

Esok kami akan ke Monserrat main salji ......


4 comments:

  1. Salam Yong,
    Akak suka tengok kambing tu...tapi enak tak, cukup ke rempah-ratus dia?

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam.....

    Memang lazat dan tak berbaau pun....Dagingnya sungguh lembut dan dimasak cara orang di sini.

    Rasanya mmg ada rasa berempah sikit...Kami meratah je... Nak makan dengan nasi takde, nak cicah sos lagi takde....

    Makan punya makan sampai tak boleh habis sebabnya satu meja tu yang makan kambing cuma kami bertiga je....yang lain semua takut nak makan kambing - darah tinggi.

    ReplyDelete
  3. Tahniah jauh perjalanan Puan,salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. Selamat datang ke sini....

    Begitulah ceritanya.....alhamdulillah...Allah kurniakan kudrat dan kesihatan yang baik lagi untuk menjelajahi bumi Allah yang luas ini....

    ReplyDelete