Followers

Wednesday, December 26, 2012

Perjumpaan semula kawan2 sebilik semasa di Mekah

 Pada 25.12.12, bertolak ke KL  ke rumah sahabat semasa di Mekah.

 Rumahnya di puncak bukit di Gombak.

 Kawasan rumahnya di kelilinggi dengan tumbuhan hijau.

 Inilah tuan rumahnya. Kami dijamu makan tengahari di sini. Selepas makan nasi, dihidang pula dengan kuih-muih, buah2an dan bubur. Mmmm...kenyang sungguh.

 Kemudian bertolak pula ke rumah adik di Ulu Kelang. Sebelah malamnya bergerak bersama ke kenduri kahwin anak seorang lagi sahabat semasa di Mekah. Bertemu beberapa sahabat yang lain juga.

 Ini dua lagi pasangan sahabat semasa di Mekah ...

 Ini pasangan ibu dan bapa pengantin, juga sahabat baik di Mekah.

Pasangan pengantin di atas pelamin. Semuga berbahgia hingga ke anak cucu. Amin.

Sunday, December 9, 2012

Sekolah Khas untuk buat Kimchi....

 Setelah beriadah di  hutan simpan, kami terus di bawa balik ke Seoul untuk masuk ke sekolah membuat KimChi pulak.

 Ada berbagai jenis KimChi...ada KimChi Lobak, Sotong, mee dan berbagai2 lagi yang mereka buat KimChi ini.

 Sedang meratakan bahan2 kimchi ke setiap helai daun lobak putih tersebut.

 Dah pun siap ratakan. Nak bungkus daun itu pun ada caranya. Setelah digulung, baru dibungkus ke dalam plastik untuk diperapkan.

 Sepatutnya gambar ini di atas tadi, Tupperware besar itu ialah upah membuat Kimchi ini. Bestnya....Bahan2 sos itu ialah bawang, halia dan lada hidup yang dikeringkan dulu. Di "blend" dan campurkan gula, garam dan sos ikan. Senang sangat. Halal lagi.

 Wah!!!! Dah selesai buat KimChi di tingkat atas, turun di tingkat bawah untuk mencuba pakaian2 kebudayaan Korea.

 Amacam? Serupa orang Korea tak? Tak percaya ke? He he he....Ayu gitu...

Inilah group kami bersama2 membuat KimChi tadi bergambar bersama. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sangat suka makan KimChi. Best......Jumpa lagi!!!

Sunday, November 25, 2012

Pagi di Alpensia dan Odaesan National Park

 Sungguh nyaman dan sejuk sekali cuaca di pagi hari.

 Bangunan2 di sini berkonsep "suasana di Eropah".

 Peta menunjukkan tempat acara ski sukan Olimpik yang akan dilangsungkan di sini nanti.
Ski memang terkenal di sini di musim salji.

 Berbagai jenis bunga2 an terdapat di sini.

 Mercu utama di Alpensia ialah tasik ini.....

 Setelah melalui jalan2 di bukit tinggi yang ditanam dengan berbagai2 jenis sayur2an spt kobis, lobak, kentang dan juga bawang.....sampailah kami di Odaesan National Park.

 Jalan masuk ke Odaesan.....

 Aliran airnya sgt jernih dan sejuk sekali. Bila dibasuh muka dengan airnya terasa sungguh segar.

 Bergambar beramai2 di bawah lindungan pokok2 yang beranika warna.

Menunggu bas2 yang akan membawa kami pulang ke Seoul untuk berlatih di Sekolah Kimchi.....Tunggu......

Sunday, November 11, 2012

Alpensia Resort di Pyeongchang....Korea....bahagian pertama

 Selepas pergi ke Nami Island, kami meneruskan perjalanan ke Pyeongchang. Dalam perjalanan singgah di Gangneung East Coast Beach.

 Bentuk yang pelik sikit.........

 Di ceritakan di papan itu bahawa kawasan yang di tenggelami semasa Tsunami berlaku.

 Letih berjalan di Nami Island dan East Coast Beach, sampailah kami di Alpensia Resort hampir senja. Inilah gambar yang dapat dirakam sebelum malam dari jendela bilik. Sungguh sejuk dan tenang sekali.

 Setelah check in, keluar untuk makan malam di sebuah restoran makanan jepun di situ.

 Sambil menunggu yang lain, sempat ambil beberapa gambar di ruang lobi. Memang cantik!!!!.

 Wah! ikan besar dibelah dan dibakar. Kentang goreng, udang goreng dan sotong besar goreng krispi. Nasib baik ada bawa bekal sos cili. Yummy....sedapnya.

 Sampai tak tengok orang lain dah. Jemput makan semua.....Ada lubang untuk letak kaki.

 Inilah makanan-makanan yang kami makan malam itu. Yang hijau hitam itu ialah seaweeds goreng. Seperti biasa ada kimchi lobak.

 Ini makanan-makanan laut dan sayur-sayuran yang sungguh enak. Ianya seperti sup.

 Selesai makan main buka tutup pintu di ruang makan tersebut. Ha ha ha....lawaknya....

 Lukisan di restoran ini memang cantik dan ceria.

Di luar restoran tadi, berjalan kaki balik ke bilik. Sempat "skype" dengan famili di Malaysia kerana di ruang inilah ada wifi percuma. Cuasa sangat sejuk, terpaksa balik segera ke bilik.

Tunggu gambar2 seterusnya di suasana pagi di Alpensia dan Odaesan National Park di hari terakhir di Korea.

Thursday, November 1, 2012

Hari Keempat - Nami Island (Winter Sonata)

 Seperti biasa selepas sarapan pagi di hotel, menaiki bas ke Chuncheon, sebuah pulau  berbentuk separuh bulan iaitu Nami Island.

 Di atas feri yang membawa kami ke Nami Island. Bergambar di hujung feri ala-ala "titanic"...

 Sampai di sini, terpaksa berjalan jauh juga untuk ke lokasi-lokasi pengambaran filem Winter Sonata.

 Sebenarnya , masa yang indah ke sini ialah semasa musim daun luruh dan musim salji.

 Setelah penat berjalan , berehat sebentar. Maklumlah dah berumur ni terasa sangat letih jika jauh berjalan.

 Main sorok-sorok pula tu di sebalik beribu ribu pokok-pokok yang terdapat di sini. Nampak tak???

 Hari pun dah hampir tengahari. Perut pun dah mula menyanyi-nyanyi lagu keroncong......Makan time di Sanchon.

 Di sini kami makan "grilled spicy chicken " - halal punya. Tengok tu siap dengan tempat penyedut asap lagi.

 Sambil makan nasi sambil bakar ayam dan cendawan.  Sedap juga terasa macam ayam percik pun ada. Jom makan!!!!!

 Ni memang sentiasa ada, kimchi dan sup "seaweed" . ...

Tengok tu...baru nak belajar makan dengan chopstiknya....alamat terbakarlah ayam tu...
Selepas ini kami akan ke Alpensia Resort di Pyeongchang yang terkenal dengan tempat meluncur salji untuk Sukan Olimpik akan datang.

Berjumpa lagi.