Seperti biasa selepas sarapan pagi di hotel, menaiki bas ke Chuncheon, sebuah pulau berbentuk separuh bulan iaitu Nami Island.
Di atas feri yang membawa kami ke Nami Island. Bergambar di hujung feri ala-ala "titanic"...
Sampai di sini, terpaksa berjalan jauh juga untuk ke lokasi-lokasi pengambaran filem Winter Sonata.
Sebenarnya , masa yang indah ke sini ialah semasa musim daun luruh dan musim salji.
Setelah penat berjalan , berehat sebentar. Maklumlah dah berumur ni terasa sangat letih jika jauh berjalan.
Main sorok-sorok pula tu di sebalik beribu ribu pokok-pokok yang terdapat di sini. Nampak tak???
Hari pun dah hampir tengahari. Perut pun dah mula menyanyi-nyanyi lagu keroncong......Makan time di Sanchon.
Di sini kami makan "grilled spicy chicken " - halal punya. Tengok tu siap dengan tempat penyedut asap lagi.
Sambil makan nasi sambil bakar ayam dan cendawan. Sedap juga terasa macam ayam percik pun ada. Jom makan!!!!!
Ni memang sentiasa ada, kimchi dan sup "seaweed" . ...
Tengok tu...baru nak belajar makan dengan chopstiknya....alamat terbakarlah ayam tu...
Selepas ini kami akan ke Alpensia Resort di Pyeongchang yang terkenal dengan tempat meluncur salji untuk Sukan Olimpik akan datang.
Berjumpa lagi.
Assalamualaikum Hajjah,
ReplyDeletehaaa seronok jalan ke negara asing kalau dpt makan yg halal! Mesti sedap rasa kimchi yg ori!
Waalaikummussalam
ReplyDeleteSaya suka kimchi korea, sedap juga. Mula-mula tak suka, lama-lama suka. He he he....
Mmg seronok jejalan tapi stamina dah kurang...cepat letih. Biasanya Tupperware akan cari tempat halal untuk kami, kalau tak dapat pun dapat makan seafood pun ok.