Followers

Monday, February 21, 2011

Persiapan pulang ke Mesir.



Persiapan untuk membeli barang2 keperluan yang penting untuk Dila seperti biasa.... Kali ini dia boleh membawa 20 kg sahaja. Oleh kerana Dila tidak membawa bag bagasinya semasa pulang dulu, maka brg2 keperluan akan diisikan ke dalam sebuah kotak.

Insyaallah, Dila akan menaiki kapalterbang Oman pada 28.2.11. Dia akan menaiki kapalterbang bersama 4 org lg ahli rumah sewanya dikendalikan oleh AQ yang bertanggungjawab menguruskan pengangkutan dan makanan mereka dari Cairo Airport ke rumah sewa mereka.

Baru2 ini, mamanya di Mesir iaitu tuan punya rumah sewa Dila, menelefon dari sana bertanyakan pasal sewa rumah untuk bulan 2 dan 3. Jadi, mereka mengumpulkan duit seorg RM300.00 x 6 . Jumlah semua RM 1,800.00 untuk sewa bulan 2 dan 3 telah dimasukkan ke akaun mamanya minggu lepas. Mungkin mamanya kesempitan wang, maklumlah baru selesai krisis Mesir dan kewangan masih lagi tidak stabil.

Harap2 semua urusan berjalan lancar, insyaallah. Ya Allah, hanya padaMu kamu berserah. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya.....

Thursday, February 17, 2011

Mahalnya tiket kapalterbang ke Mesir......


Terkejut . Tiket kapat terbang sampai mencecah RM 1850.00 sehala ke Mesir? Tu pun dengan Oman Airline. Egypt Air dan Kuwait sudah penuh. Nak buat macamane?, terpaksa beli juga.

Kesiannya kepada pelajar2 msia yang tak mampu untuk membeli tiket... Tak tahu apalah nasib mereka.

Seharusnya mereka diberi bantuan atau pinjaman untuk mendapatkan tiket ke Mesir. Itulah di antara sebab mengapa ada pelajar2 Mesir yang tidak mengikuti misi Oops Pyramid. Mereka tahu mereka akan menghadapi masalah kewangan untuk pulang semula ke Mesir.....

Semuga mereka mendapat petunjuk dan bantuan segera...

Tuesday, February 15, 2011

Dah sibuk nak balik ke Mesir semula....


Mesir sudah kembali tenang... mudah2an berterusan. Pelajar2 Msia sudah merancang untuk balik semula ke Mesir bagi menyambung pembelajaran yang tergendala akibat krisis di Mesir.

Nurfadhilah sudah dihubungi oleh rakan2nya untuk membeli tiket balik ke Mesir hujung bulan ini. Mereka akan cuba untuk menghadiri kuliah di Universiti Al Azhar awal bulan Mac. Harap-harap segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Ya Allah, semuga keadaan di Mesir akan bertambah baik dari masa ke semasa. Pelajar2 Msia perlu kembali segera ke sana untuk menimba ilmu yang tak mungkin boleh didapati di tempat lain. Kami memohon kepada Mu.

Monday, February 7, 2011

Alhamdulillah , kami selamat sampai Temerloh pukul 2 ptg .

baru mendarat di KLIA...

khemah yg disediakan utk para ibubapa
yg menunggu di luar pagar

Setelah menunggu 2jam,
barulah kelihatan dila dan pelajar2 lain...

Nurfadhilah sampai ke KLIA pukul 9.45 pagi tadi. Kami sampai KLIA terus ke Kompleks Bunga Raya kerana diarahkan berkumpul di sana.

Punyalah lama tunggu Datuk Najib berucap dengan pelajar di dalam tu. Kami di luar menunggu dari pukul 10.00 sehingga 11.30, barulah kelihatan Datuk najib dan Rosmah keluar bersalam-salaman dengan ibu bapa pelajar. Kemudian barulah kelihatan pelajar2 keluar mendapatkan keluarga masing-masing.

Terpancar kegembiraan di wajah2 keluarga yang menanti...Ada yang menangis dan berpeluk2an.
Gambaran seperti menyambut jemaah haji yang baru pulang ke tanah air.

Terima kasih di atas sokongan dan doa dari saudara mara dan sahabat handai yang sering bertanya khabar mengenai anak di Mesir.

Sunday, February 6, 2011

NurFadhilah akan sampai KLIA pukul 9.45 pagi Isnin



Dah sah, Dhilah akan menaiki pesawat MAS petang ini waktu Jeddah. Di jangkakan sampai KLIA pukul 9.45 pagi Isnin.
Harap maklum.

Ya Allah, lindungi dan permudahkan penerbangan ini. Amin. Ibu akan bertolak pagi2 dari Temerloh dan akan menunggu di KLIA.

Saturday, February 5, 2011

Insyaallah, Dhilah akan menaiki kapalterbang ....



Baru sebentar tadi Dhilah memberitahu namanya tersenarai dalam penerbangan yang kedua. Alhamdulillah juga namanya tersenarai bersama2 dengan 5 orang ahli rumah sewanya.

Buat masa ini mereka diberi tiket sementara dulu. Mereka akan membuat perjumpaan malam ini untuk taklimat sebelum bertolak. Tunggu saja lah apa yang akan diberitau nanti.

Ya Allah permudahkan sagala urusan perjalanan mereka nanti. amin.

Friday, February 4, 2011

Dhilah oh dhilah...


NurFadhilah sudah pun sampai di Komplek Tabung Haji di Jeddah. Dia baru menelefon tadi mengatakan ada MAS tawarkan tiket balik berharga RM800.00 dari Jeddah ke KLIA.

Dia kata di situ mereka tidak dibenarkan keluar dari asrama berkenaan. Jadi bila masa makan, mereka makan. Bila letih mereka berehat. Adui! seronoklah macam tu Dhilah oi.... Tunggu je lah.

Kawan2nya di Kaherah semua sudah pun sampai di Jeddah. Cuma di Iskandariah sahaja.
Harap2, pihak kerajaaan msia menyegerakan proses menghantar pulang pelajar2 ke Msia.

Krisis di Mesir semakin bergolak kerana keengganan Hosni Mubarak untuk meletak jawatan. Harap2 krisis ini tidak berpanjangan.

Thursday, February 3, 2011

NurFadhilah sudah berada di Jeddah.



Alhamdulillah , setelah mengharungi berbagai dugaan, akhirnya sudah mendarat di Jeddah. Sekarang waktu di sana 5.30 pagi sedang menaiki bas menuju ke hostel tabung haji di Jeddah.

Semalam di Cairo Airport, kumpulan mereka sampai pagi-pagi lagi. Mereka bersarapan di Rumah Perak. Mereka menunggu dan dapat menaiki pesawat AirAsia sudah maghrib. Bayangkan perut mereka tanpa dapat bekalan air atau makanan lebih sepuluh jam. Sedih membaca sms dia.

Tapi dia berkata,"insyaallah Dhila cuba tahan". Sayunya...hati ini...Jadilah peristiwa ini sebagai pengalaman dan pengajaran kepada Dhilah supaya lebih berusaha bersungguh2 dan menjadi anak yang solehah, insyaallah.

Mereka diberi taklimat akan tinggal di Jeddah kemungkinan selama seminggu bergantung kepada keadaan di Mesir...

Begitulah rentetan peristiwa perjalanan seorang pelajar yang menuntut di Universiti AlAzhar, Kaherah. Semuga keadaan kembali aman di Mesir. Amin.

Fadhilah masih di Cairo Airport hampir 6 jam.


Fadhilah sudah bertolak dengan kawan2 ke Airport seawal pagi lagi. Sehingga sekarang iaitu pukul 4.00 petang masih lagi di situ.

Sebentar tadi sudah di suruh masuk, tetapi entah mcmane disuruh keluar semula . Itulah yang diberitahu Dhilah tadi.

Sepanjang perjalanan ke Airport, dia cakap ramai askar2 berkeliaran di jalan2 menuju ke airport. Di airport pula, terlalu ramai orang dan pelajar msia menunggu kapalterbang yang akan mengangkut mereka.

Sabarlah anakku, semuga selamat menaiki kapalterbang dan selamat sampai ke Jeddah. Ibu sentiasa berdoa kepada Allah semuga dipermudahkan perjalanan Dhilah. Amin.

Wednesday, February 2, 2011

Internet ke Mesir dah pulih. Dah On9 dengan Fadhilah tadi.



Alhamdulillah, dah boleh on9 dengan dhilah di Mesir. Walaupun kadang2 suara kurang jelas tetapi sudah memadai buat masa ini.

Mudah2 mudahan Hosni Mubarak segera turun tahta seperti yang dituntut oleh rakyat Mesir. Keadaan huru hara akan pulih dan kehidupan seperti biasa.

Pelajar2 kita sedang bersiap sedia menunggu kapal ke Jeddah. Universiti Azhar kemungkinan akan bercuti selama setahun. Dari Jeddah mereka tinggal sementara untuk dibawa pulang ke Msia dengan perbelanjaan sendiri.

Itulah yang diberitahu oleh Dhilah tadi. Malam nanti waktu di Mesir, fasa pertama dijalankan.
Dhilah kemungkinan berangkat pagi esok waktu Mesir. Semuga semua berjalan lancar.


Tuesday, February 1, 2011

Teringatkan Fadhilah di Kaherah, Mesir


Dah beberapa malam tak berapa lena tidur, teringatkan anak yang masih berada di Rumah Pahang di Kaherah. Dia seorang yang manja daripada adik beradik yang lain. Dia lah satu2 anak yang suka duduk berkepit dan duduk di riba abahnya...

Baru sebentar tadi menelefon dia. Dia baru bangun untuk mendirikan solat subuhnya. Di sana baru pukul 5.oo pagi.

Malam tadi, mereka baru diberitau yang proses pemindahan pelajar akan bermula bila2 masa saja. Ya Allah, selamatkan perjalanan mereka ke destinasi yang hendak dituju. Mereka berenam dari rumah sewa berpecah dua. Empat org tinggal di Rumah Perak dan Dila dan seorang lagi di Rumah Pahang.

Harap-harap kerajaan Msia bertindak segera. Negara2 lain sudah pun memulakan proses mengangkut rakyat ke negara masing-masing. Keadaan huru hara. Bekalan makanan sukar didapati kerana kedai dan pasaraya tutup. Bekalan air sudah dicatu.

Entahlah apa nasib pelajar-pelajar msia jika bantuan dari Malaysia lambat sampai. Tuhan saja yang Maha Mengetahui segala-galanya.....