Followers

Thursday, December 30, 2010

01.01.2011 - bermulanya persaraanku dari seorang guru.


Sahabat-sahabat ku sibuk ke sekolah . Maklumlah, minggu ini biasanya mesyuarat guru kali pertama dijalankan. Selepas itu pula, mengutip duit yuran sekolah pula.

Tahun ini, terasa lain sikit. Aku tidak lagi terlibat. Baru aku sedar yang aku sudah di alam persaraan. Dah pencen katakan.... Tadi ke Sek Keb Jalan Bahagia untuk membayar yuran anak bongsuku Nurul faizah . Tahun 2011, dia akan mengambil UPSR.

Berjumpa dengan sahabatku yang mengajar di sekolah tersebut. Rata-rata mengucapkan tahniah kerana sudah dapat pencen. Mereka berkata, jika mereka ada pendapatan sampingan seperti saya, mereka pun akan mengikuti langkah seperti saya juga.

Alangkah bertuahnya saya. Dapat berpencen dalam usia 48 tahun. Saya bersyukur atas segala yang dikurniakan Allah. Walaupun terasa mengajar itu sudah serasi dengan jiwa, tetapi tuntutan keluarga terutama kepada 3 orang anak ini lebih diutamakan buat masa ini.

Selamat tinggal alam perguruan. Selamat tinggal murid-muridku. Selamat tinggal sahabat-sahabatku yang seangkatan. Semuga hari-hari mendatang membawa kebahgiaan kepada saya dunia dan akhirat. Amin.

4 comments:

  1. Salam Naf,
    Sebelum pencen selalu masak ikan goreng, dah pencen ni kena selalu masak kari kambing.
    Walaupun dah pencen, tapi ada kekurangan lagi. Belum jadi Warga Emas.
    Kah, kah kaahhh ...?

    ReplyDelete
  2. Abg chak.

    Salam. Baru berpencen dari tugas guru. Masih tak layak jadi Warga Emas lagi.... Masa masih panjang...Masa menentukan...tapi akan sampai juga ke sana ..Tunggu....

    ReplyDelete
  3. haha...habis gemuk sume org kt rumah nnti

    ReplyDelete
  4. dila,

    isyh.... tak dek lah. nak tahu abg aoh duk sebulan cuti baru ni, turun 6 kg. sekarang dia dah kurus sikit. ibu pun dah turun 5 kg. masak mcm biasa tapi kurangkan makan nasi. bykkan makan sayur dan lauk je... jamin tak gemuk punya....

    ReplyDelete