Followers

Thursday, December 30, 2010

01.01.2011 - bermulanya persaraanku dari seorang guru.


Sahabat-sahabat ku sibuk ke sekolah . Maklumlah, minggu ini biasanya mesyuarat guru kali pertama dijalankan. Selepas itu pula, mengutip duit yuran sekolah pula.

Tahun ini, terasa lain sikit. Aku tidak lagi terlibat. Baru aku sedar yang aku sudah di alam persaraan. Dah pencen katakan.... Tadi ke Sek Keb Jalan Bahagia untuk membayar yuran anak bongsuku Nurul faizah . Tahun 2011, dia akan mengambil UPSR.

Berjumpa dengan sahabatku yang mengajar di sekolah tersebut. Rata-rata mengucapkan tahniah kerana sudah dapat pencen. Mereka berkata, jika mereka ada pendapatan sampingan seperti saya, mereka pun akan mengikuti langkah seperti saya juga.

Alangkah bertuahnya saya. Dapat berpencen dalam usia 48 tahun. Saya bersyukur atas segala yang dikurniakan Allah. Walaupun terasa mengajar itu sudah serasi dengan jiwa, tetapi tuntutan keluarga terutama kepada 3 orang anak ini lebih diutamakan buat masa ini.

Selamat tinggal alam perguruan. Selamat tinggal murid-muridku. Selamat tinggal sahabat-sahabatku yang seangkatan. Semuga hari-hari mendatang membawa kebahgiaan kepada saya dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah... fahmi memperolehi 9A dalam PMR.

Anak yg menduduki peperiksaan, ibu bapa yang berdebar-debar. Akhirnya pada 23.12.10 , anak yang kelima yang juga pelajar Sek. Men. Agama Al Khairiah mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. Alhamdulillah... Allah perkenankan doa dan segala usaha selama ini.

Semuga Muhammad Fahmi akan terus berusaha untuk SMA tahun 2011 pula, dapat menandingi kakak Dhilah yang memperolehi 10A1 dalam SMA. Ibu akan sentiasa memberi sokongan. Maklumlah tahun depan dah mula kehidupan sebagai PESARA. Syukur kepada Allah atas segalanya......

Thursday, December 16, 2010

Alhamdulillah...Semua berjalan dengan lancar...

Pada 7.12.10, anak di Mesir diminta pulang ke Msia untuk menguruskan mengenai biasiswa MARA. Dia pulang dgn EgyptAir seorang diri. Sampai saja terus menuju ke rumah Cik Eri di Kelang dan bermalam di situ. Sebelum itu, singgah dulu di UITM Puncak Alam berjumpa dgn Faiz dan ke Meru, rumah Pak Longnya (Dr Abdul Wahab). Keesokkannya terus menguruskan hal biasiswa MARA.

Selesai sahaja, baru bertolak ke Temerloh untuk pemeriksaan kesihatan dan Xray di Klinik Kesihatan Temerloh/Mentakab.

Pada 14.12.10, pergi menghantar Nurfadhilah pulang ke Mesir. Dia akan menaiki kapalterbang pada pukul 12.30 malam.

Semasa hendak turun ke tempat perlepasan.. Dia tidak lagi mengeluarkan airmata seperti biasa.
Tengok mukanya.... tersenyum saja...

Sebelum kapalterbang berlepas, sempat dia sms berbunyi...Wah! hari ini dalam sejarah ibu... dhilah tak nangis pun tadi.... Mungkin jg dia sudah mengetahui tugasnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dan akan pulang setelah mendapat segulung ijazah. Kami bersyukur kerana Allah memudahkan segala urusan dan Dhilah pulang ke Mesir dengan selamat.


.

Sunday, December 12, 2010

Executive convention in One World Hotel...2 - 3.12.10

This convention is very special and it is for the closing event of this year. I will not miss to attend this convention at One World Hotel in Kuala Lumpur last week.



Adui... Cakap org putih lah pulak... Ini adalah pakaian cheongsam yg dibeli di Vietnam sempena tema makan malam iaitu sempena bulan April tahun depan kami akan ke Beijing... Biasalah di islamkan mengikut tuntutan agama kita...

Alhamdulillah... dapat hadiah besar sempena acara ini. Hadiah dari Tupperware untuk saya lebih produktif di Tahun 2011.

Semuga tahun depan ,' sales organisasi'saya akan lebih besar dan mencapai target. Insyaallah.

.

Saturday, December 4, 2010

Apakan daya... bukan rezekiku ke Chiangmai...

Kali ini giliran anakku Farah pula pergi ke Chiangmai atas tajaan Tupperware. Sepatutnya dia pergi bersama abangnya Firdaus. Tetapi terpaksa dibatalkan nama di saat2 akhir kerana pada tarikh berkenaan dia masih lagi ada paper exam di UITM. Tengok di lehernya......budaya org2 di sini...

Wah!!! Seronoknya naik rakit. Ibu di Vietnam dulu naik sampan... Tapi... lebih kurang je lah....

He he he... nak sedapkan hati. Farah bergambar bersama Director Tupperware dari Kuantan.


Berkat usahanya membantu ibu dalam perniagaan Tupperware , terpilih TOP 50 sales . Tak silap dia dapat dlm top 20. Jadilah.....Hadiahnya sepasang kain sutera bernilai RM250, selendang sutera dan rantai bertatahkan berlian bernilai kesemua hampir RM1,000. Alhamdulillah............

Ibu pun nak pergi jugak.......

Thursday, November 25, 2010

Seronoknya di Gambang Waterpark..........

Pada 24.11.10, kami sekeluarga ke Gambang Waterpark. Pagi2 dah siapkan apa yang perlu dibawa ke sana.

Kami bertolak dari Temerloh pukul 9.00 pagi. Anak2 begitu teruja nak mandi manda di sana.

Dulu, kami ada swimming pool di rumah semasa anak2 kecil. Tapi dah di timbun untuk di perluaskan rumah yang sedia ada.

Anak2 semua dapat belajar berenang dari kejadian kolam di rumah kami dulu... Begitulah ceritanya.

Masuk je ke sana, terus kami pergi ke bahagian 'slide'. sementara orang tak berapa ramai. Satu2 anak2 bersama bapanya mencuba. Saya memang penakut sikit, hanya memerhatikan sj.

Akhirnya, saya mencuba bahagian family. naik 6 org di dalam satu 'tube'. Apa tidaknya. terketar2 dan menggigil seluruh badan. Takutnya. Lepas tu tak mau naik da.....

Sudah habis tempat yg kami cuba, akhirnya bersantai di pantai cocoa beach buatan manusia. Dgn ombak besar yg dibuat2, mmg leka bermain.

Tengok gelagat mereka... terhibur sungguh hati kami melihat dari meja bersantai...

Ni adalah di tepian ombak besar yg melanda. Ijah kelihatan bermain2 dgn ombak tiruan.


Ni lah pengorbanan seorang bapa, setia menanti isteri dan anak2 bermain di dalam air. Itu lah di antara gambar2 yg dpt dikongsikan bersama. Berjumpa pula di lain masa.

Friday, November 19, 2010

Selamat Bersara Teacher Nafisah........

Aduh... terasa sedihnya saat-saat hari terakhir menjadi seorang guru yang mengajar selama 22 tahun.

Setelah memohon selama 3 tahun untuk bersara pilihan , akhirnya diluluskan jg dgn pertimbangan khas semasa umur 48 tahun. Alhamdulillah....

Bergambar bersama sumbangan dari Kelab Guru SKAB Mentakab, Pahang. Majlis telah diadakan di Rest House Temerloh pada 14.11.10. Minta maaf, terlupa bawa kamera dan telefon.
Terasa diri dihargai dan dirai dengan penuh meriah.

.

Thursday, November 18, 2010

Umurku bertambah...semuga begitu juga amalan ku...insyaalllah.

Pada 7.10.2010 lalu, genaplah usia ku 48 tahun. Juga genaplah usia perkahwinan ku berusia 26 tahun. Sempena dengan hari itu, anak2 membeli kek dan menyediakan sedikit juadah sebagai tanda kasih sayang mereka.

Wow... makan kek dari Secret Recipe lagi. Kali ini perasa lain pula, walaupun toppingnya hampir sama je.

Nak potong kek pun kena posing juga...layan je lah... Terima kasih anak2 ku. Terima kasih juga kepada anak di Mesir atas ucapan panjang lebarnya itu... Semuga Allah kurniakan ibu kesihatan yg baik...Amin.


Sunday, November 14, 2010

Buat pertama kalinya.........

Pada tahun 1998, kali pertama dapat ke luar negara bersama TUPPERWARE. Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Menaiki kapalterbang buat pertama kalinya.....

Pada tahun itu, kebanyakan kami dari pantai timur semuanya dari kalangan Melayu. Ini adalah barisan manager dari pantai timur yang mencapai target .

Semasa di lapangan terbang di Bangkok. Dapat melancong setelah berpenat lelah menjual Tupperware.

Saat ketika baru berbaris untuk menimbang dan memasukkan bagasi ke kapalterbang. Dari yang pertama ini, maka terjadilah yang seterusnya. Setiap tahun tidak akan melepaskan peluang mengejar target untuk melancong ke luar negara.



Friday, November 5, 2010

Mmm..... sedapnya nasi ayam ala 'KFC'

Kali ini mencuba resepi nasi ayam ala 'KFC'. Inilah dia nasi ayam bersama ayam goreng bersalut tepung, sup ayam hutan . kentang putar dan sayur bersama sambal pedasnya.

Membuatnya tidak lah memerlukan masa yang lama. Anak2 saya sgt menyukainya. Sungguh berbangga kerana dapat memenuhi citarasa anak2.

Kebetulan rezeki, ada sahabat memberi 2 ekor ayam hutan. Jadi seekor dibuat sup. Memang sedap dapat makan sup ayam hutan. Untuk lebih menyelerakan ditambah dgn sambal pedas..

Inilah kentang putar dan sayur campur kobis dan karot bersama mayonaise. . .
Nampak gayanya boleh lah buka restoran..... maklumlah bermula tahun depan sudah bermula menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Dah dapat 'pencen pilihan'........Alhamdulillah....

Saturday, October 23, 2010

Phuket selepas Tsunami

Bertemu kembali. Pada tahun 2006, saya telah ke Phuket sebaik saja selepas berlakunya Tsunami. Mencari pengalaman baru .
Melawat ke Safari yg terdapat di sana. Sedang menyaksikan pertunjukan Gajah.
Berada di hotel, dimana berlakunya Tsunami. Ini di tingkat 2 hotel tersebut. Air sampai ke tingkat ini.
Bahagian ini paling teruk. Kedai2 di tepi pantai ini masih dalam pembaikpulih.
Di majlis makan malam yang diadakan. Di sini makanan untuk Oang Islam dan bukan orang islam di pecahkan kepada 2. Di sini, menikmati buah2an sahaja, takut nak makan yg lain.
Berpeluang menaiki gajah bersama rakan yg mengikuti rombongan ini. Takut juga. Maklumlah takut gajah naik minyak pula....
Mengikuti 'adventure' menaiki jeep menuju ke puncak bukit, melalui jalan2 yg sungguh berdebu .Sungguh lasak. Inilah di antara pengalaman2 yg dpt dikongsikan bersama.


Thursday, October 14, 2010

Hari Keluarga di Sime Darby Convention Centre.

Anak-anak berebut2 bergambar dgn Upin dan Ipin..... Siapalah gerangan org di dalam maskot tu...
Keluarga adik, Mak Su Norma dan juga Ijah tidak ketinggalan berkepit juga. Layan je lah....

Rehat dulu selepas pusingan pertama makan. Maklumlah hidangan buffet... tak blh makan tergesa2. Kena rilek. Pasni nak makan apa pula yer? Nasi Beriani sudah, Ketupat, nasi impit , rendang dan satey sudah...Jom, kita makan desert pula..


Dah tak boleh masuk da... Teh tarik satu.... memang datang sini untuk makan je....



Tengok gelagat firdaus....mana satu nak makan ni.... Tgn kanan ABC, tgn kiri durian dgn pulut. Dua2 sedap. Takpe... kita makan bergilir-gilir....
Begitulah meriahnya suasana di majlis ni. Tak perlu hiburan pun...tengok gelagat anak2 pun dah terhibur. Itu baru berkumpul 2 keluarga....
Majlis berakhir sebelum pukul 3.30.










Thursday, October 7, 2010

Menghantar anak ke KLIA - MESIR

Menguruskan bagasi anak dan rakan2. Maklumlah takde org nak menguruskan mrk . Menimbang bagasi secara kumpulan. Bagasi mesti tidak lebih dr 35kg sahaja. Ramai di antara rakan2 membawa bagasi melebihi 35kg. Akhirnya kesemua mrk terlepas. Alhamdulillah.
Seronok jg jd PENGURUS.

Sementara menanti bagasi selesai, yg lain menunggu dgn penuh kesabaran...

Akhirnya... semua bagasi sudah masuk ke perut kapalterbang. Bergambar sebelum Dhilah masuk untuk 'check in'.
Kesian Fahmi tukang ambil gambar.... tak dpt bergambar bersama..




Saat2 menuruni tangga untuk 'check in'. Dhilah tak dapat menahan sebak. Begitu jg abahnya.
Ibunya 'cool' sj. Tahan...tahan.... Dlm hati tuhan saja yg tau. Kalau ibunya nangis sudah pasti bertambahlah adengan nangis-nangisan tak berhenti....
Selepas saja Dhilah hilang dr pandangan, barulah airmata bercucuran tak dapat ditahan lg..


Setelah Dhilah sudah selamat menaiki pesawat, Kami sekeluarga berehat sebentar di KLIA. Tengok masing2 punya 'style'....
Selamat tinggal anakku. Jaga diri. Belajar bersungguh2. Semuga beroleh kejayaan yg menanti.