Followers

Friday, June 21, 2019

Masuk UIA semula selepas pendarahan yang teruk.

 Setelah seminggu berada di rumah, berlaku pendarahan yang teruk. bawa ke Hoshas . Kemudian hoshas hantar dengan ambulan ke UIA Medical Centre Kuantan. Profesor Islah berkata bahawa kejadian mcm ni tak pernah berlaku selama dia buat PCNL.

 Inilah sebahgian dari darah yang keluar. Keluar masuk bilik operation, buat Irrigation sepanjang masa, pakai saluran kencing dan masuk 8 tabung darah selama di hospital.
Kemudian air pula berlebihan di dalam paru2. bermacam2 wayar bersambung2. Tuhan saja yang tahu.
Lebih kurang sebulan juga di hospital.

 Anak2 berkumpul di Kuantan. Terima kasih kepada Nina dapat memasak di rumah kakaknye di Kuantan dan bawa untuk makan bersama2 di hospital.

 Terhibur sekejap dengan kehadiran keluarga.

 Mak Ngah yang sakit pun datang dari Jengka 8.

 Cik Dah dari Terengganu. Terima kasih semua. Begitu juga pada Zarini, Mazlan dan Imah.
Maklong dan Maksu pun datang ke Kuantan.

 Rindu ke cucu terpaksa keluar wad sbb budak kecil tak boleh masuk.

Akhir sekali setelah hampir sebulan. dapat kiriman bunga dari Nina. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment