Followers

Sunday, July 29, 2018

Cuti2 Malaysia Dalam Syawal bersama keluarga.


 Tahun ini, kami berpeluang bercuti bersama ke Cameron Highland.
 Perjalanan  dari Temerloh ke Cameron hampir 4 jam. Puas di dalam
 kereta.  Kami bertolak dengan 2 buah kereta.

 Bertolak di awal pagi dan sampai di sana hampir waktu Zohor. Kami
 makan tengahari dulu baru check in ke penginapan yang sungguh
 selesa bertaraf 5 bintang.  Kali ini percutian kami ditanggung oleh
 Dila sepenuhnya.
 Inilah nama hotel bertempat betul2 di puncak bukit sekali.

 Hotel baru siap. Mmg sejuk betul menjelang ke malam. Kipas pun tak On.

 Makan tengahari di restoran hotel tersebut.

 Keesokkan harinya, kami melawat kebun dan pasar sayur2 dan buah2an .

 Tempat gambar2 3D. Jadi budak2 sekejap.

 Semua tempat nak posing.

 Paling best ialah di Ladang Teh. Memang cantik pemandangan di sini.

 Menuruni tangga sambil menikmati pemandangan.

 Dila pun tidak lepaskan peluang di ladang teh ini.

 Sarapan pagi di hotel bersama2.

Sedap juga masakannya. Best sangat. Lain kali boleh Faiz dan Farah ikut.

Hari Raya AidilFitri 2018

 Hari Raya ketiga semua berkumpul di Temerloh. Cukuplah semua ahli.

 Muhammad Firdaus dan keluarga.

 Farah dan keluarga.

 Dila dan keluarga.

 Faiz dan isteri.

Dua dari tiga cucu yang ada. Dua llelaki dan seorang perempuan.

 Tetamu2 yang datang di hari raya GG dan isteri dari KL.


 Pak Ngah dan keluarga dari Jengka.

 Cik Dah dari Trengganu.

 Kali ini Pak Ngah bawa sekali menantu.

 Seperti biasa pagi raya akan ke rumah mama mereka .

Di malam raya, sambutan Hari Jadi Adam yang ke dua. Alhamdulillah tahun ini masih boleh berkumpul semua. Pagi raya kedua, AbahCu mereka sudah pergi mengadap Illahi. Innalillah....

Saturday, July 28, 2018

Umrah bersama Tiram 28.3.18

 Alhamdulillah kali ini dapat pergi umrah bertiga bersama suami dan abang nasir.

 Inilah kumpulan kami bersama Sykt Tiram.

 Di Lobby hotel sebelum ke Masjidil Haram yang hanya 50 meter sj.

 Turun hotel terus sampai Dataran Masjidil Haram.

 Waktu Hampir zohor.

 Gambar kenangan di depan kaabah.

 Di Madinah, kami tinggal di sotel ini.

Dapat makan bersama selesai solat di dewan makan di Madinah..

 Di Masjid Nabawi di bawah payung besar.

 Di antara lawatan di Madinah ialah melawat Muzium Turki dan Jalan Keretapi.

Pertama kali kami menunngu sehigga semua sudah masuk Raudah. Kami adalah yang terakhir. Tetapi blh tahan lambatnya juga hampir pukul 1 lbh baru blh masuk dan duduk di dalam sehingga pukul 2.30/ Alhamdulillah puas hati.


Kami diuji kali ini. Inilah bag saya yang penuh dengan kekacang dan kurma tidak sampai Malaysia bersama kami. Huhuhuhu menangis juga di airport. Kami balik tanpa bag ke Temerloh selepas buat report polis di KLIA.

Nak jadikan cerita, keesokkan hari , pihak KLIA menelefon mengatakan bag baru sampai KLdan akan dihantar terus ke Temerloh . Alhamdulillah.

Kami berharap dapat pergi lagi ke sana dengan TIRAM kerana sangat seronok dan berpuashati.

Sunday, February 4, 2018

Bantuan kemanusiaan ke Syria.

 Muhamad Fahmi mengetuai kumpulan pelajar dari USIM Darul Quran  ke Reyhanli. Sempadan Turki/Syria. Ini adalah kawasan bergolak dan panas.

 Semuga perjalanan mereka diLindunggi Allah.

 Dari Istanbul mereka terus ke kawasan penempatan Pelarian Syria. Bergambar bersama sebahgian perlarian.

 Yang muda menghormati yang tua...

 Anak2 Syria yang ceria di wajah mereka.

 Muhammad Fahmi menyerahkan sedikit sumbangan dari Malaysia.

 Bergurau senda dengan budak2 Syria.

 Delegates DQ di bumi Turki berhampiran sempadan Syria yang bergolak.

 Suasana selepas tembak menembak di antara Pihak Kurdish dan Turki berhampiran dengan tempat misi bantuan.
Oleh kerana itu masa di pendekkan 2 hari sahaja di sana. Mereka perlu segera keluar dari kawasan bergolak itu.

 Di antara jamuan yang sempat di hidangkan .

 Wow....gemuk lah Fahmi balik nanti.

Ini keratan akhbar Harian Metro berkenaan dengan misi ini.

Cucu ketiga

 Pada 18.1.18. lahirlah cucu ketiga perempuan yang diberi nama Nur Medina Qaisara.

 Si bapa meriba semasa berada di hospital.

 Sepupunya Abdul Wafi semasa pertama kali melihat Medina.

 Bersama besan yang datang melihat cucunya.

 Di antara hadiah hadiah dari kaum keluarga.

 Terima kasih.

Medina selepas mencukur rambutnya.