Followers

Wednesday, August 17, 2016

Cucu pertamaku.

Pada 13.6.16, lahirlah cucu pertama yang diberi nama Seth Adam.
Dia dilahirkan secara pembedahan.
 Setelah mendapat pengkhabaran kelahirannya, kami terus melunjur ke KL.

 Harumnya bau newborn baby. Hmm...Syukur ibu dan baby selamat.

 Adam pun nak pakai jubah. Dah bertambah ahli dalam Keluarga Arshad bin Arbain. Semuga bertambah lagi dengan cucu perempuan pula.

Doha, Qatar.

 Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, kami singgah di Doha untuk menemui kawan lama dari Temerloh.
Kami di sambut di Lapangan Terbang Doha. Memang terlalu lama kami berpisah iaitu lebih dari 10 tahun.


 Suaminya kebetulan kawan Cik Abang juga.

 Sebelum singgah ke rumahnya, kami dibawa melawat sekeliling tempat menarik di Doha.

 Pergi ke tempat shopping.

 Tak lupa kedai menjual berbagai jenis rempah dan kekacang.

 Kami tidur di rumahnya seperti istana. Bayangkan sewa rumah itu 12,000.00 duit Qatar.

 Org Malaysia tidak digalakkan membeli rumah di sana. Jadi keluarga kawan ini menyewa selama berbelas tahun. Bayangkan lah gaji mereka berapa sebulan jika sewa rumah macam itu.

 Mereka juga menghantar kami ke Lapangan Terbang Doha untuk pulang ke Malaysia.

 Sekitar pemandangan di Lapangan Terbang Doha.

Malaysia, Kau Tunggu Kami Datang.

Monday, August 15, 2016

Jejalan sekitar Cairo dan Hari Convo Nurfadhilah di Universiti Al Azhar.

 Memang sudah lama tak mengupdatekan blog. Kini mood sudah kembali.
Kita sambung cerita semasa pergi ke Mesir dan hari Convo Nurfadhilah.

 Setelah sehari ke Iskandariah, kami melawat sekitar Kaherah pulak. Mula2 kami pergi ke Kubu dan Masjid duplicate masjid biru di Turki. Berada di puncak , kami dapat melihat seluruh bandar Kaherah.

 Menuruni bukit untuk meneruskan perjalanan kami ke Piramid pula.

 Peluang bukan datang selalu. Kami menaiki tangga mendaki Piramid. Lepas ini mungkin tak boleh mendaki dah. ini pun termengah2.

 Seperti biasa kawasan ini mesti pergi utk melihat dan bergambar dengan ketiga2 Piramid ini.

 Membuat aksi begini sudah semestinya. Angin bertiup kencang, Bayangkan lah pasir2 berterbangan.

 Sementara kami berehat, Cik Abang kita tidak melepaskan peluang utk menunggang unta.

 Bila kita menunggang unta ini, kita boleh merasai bagaimana Nabi Muhammad SAW menunggang pada zaman dahulu. Memang meletihkan kerana kita perlu mengikut rentak unta berjalan.

 Kami juga shopping di Hussein mmg terkenal dengan berbagai2 barangan. Kami juga melawat makam dan masjid imam shafie dan juga kilang membuat pati minyak wangi .

 Tibalah masa Hari Convokesyen Nurfadhilah di Universiti Al Azhar.

 Inilah waktunya Nurfadhilah menerima ijazah kedoktoran dari UniversitiAl Azhar.

 Setelah 6 tahun bertungkus lumus dengan kehidupan di negara orang dan mengulangkaji pelajaran untuk segulung ijazah.

Selesai majlis dengan meriahnya, menuju ke homestay dan keesokkan hari akan bertolak ke Doha pula untuk menziarahi kawan lama yang menetap di sana. Tunggu....