Followers

Monday, January 25, 2016

Cappadocia, Turki.

Kumpulan kami bergambar di puncak bukit di Cappadocia.

 Dari Konya, bertolak ke Kappadocia mengambil masa hampir 3 jam setengah. Perjalanan sejauh 225 km. Ini adalah peristiwa di Kappadocia selama 2 hari di situ.

 Tempat yang mesti dibawa oleh pemandu pelancong ialah 3 tempat ini. Kilang handmade carpet.

Pottery shop.

 Jewellery . Hahaha.....duit je tak cukup nak beli. Mahal betul. Tak sanggup nak beli.

 Tibalah masa untuk dibawa ke Underground City of Kaymakli.

Pelancong boleh masuk sehingga Level 4 di bawah tanah.  Tapi saya masuk sehingga Level 2 sahaja kerana sempit dan perlu membongkok. Dah tua tak larat nak masuk sampai ke bawah.

 Kami menunggu di luar sehingga yang muda muda naik ke atas semula. Sambil tu posing posing sikit.
 Selepas itu pergi ke Gerome Open Air Museum pulak. Ianya termasuk dalam UNESCO World Heritage List.

 Di sini dapat dilihat seperti bangunan bangunan tinggi dari batu. Di dalam atau di bawah terdapat bilik bilik dan gereja gereja tempat penempatan orang Keristian yang berlindung dan bersembunyi sini.

 Salah satu lorong bawah tanah menuju ke peninggalan gereja dan rumah rumah yang diukir daripada batu. Ianya sebuah kota bawah tanah.  Salji meliputi gua batu.

Posing di hadapan gua batu di Gerome ini. Sebuah penempatan purba yang sangat unik keadaan bentuk muka buminya.

 Malam pertama kami dihidangkan dengan Arabian Night. Mula mula kami dihidangkan dengan tarian derwish (sufi berpakaian putih). Selepas itu tarian tarian dengan berbagai pakaian. Tidak ketinggalan tarian separuh bogelnya. Maaf gambar tidak boleh letak kerana terlalu seksi dan tidak menutup aurat.
 Lagi satu tempat yang mesti di bawa aialah tempat ice crean Mado ini. Wow.... harganya boleh tahan juga. Makan lah satu sebagai kenang kenangan. Tapi tak berbaloi.

 Kami perlu bertolak seawal 5 pagi ke lokasi tempat Air Hot Ballons. Kami diberi snack sementara menunggu ballon menjadi panas. Up up on the way.....

Selamat tinggal Cappadocia setelah 2 malam kami menginap di Hotel Yiltok. Esok akan menuju ke Angkara dan menginap di Bolu. Jumpa lagi.

Monday, January 18, 2016

Turki bahagian 4 - Konya

Dari Pamukalle, terus bertolak menuju ke Konya. Perjalanan kira kira 404 km . Adoh....sakit lagi lah punggung duduk lama dalam bas.

 Dalam perjalanan, terdapat kebanyakan bangunan dan rumah rumah mereka menggunakan tenaga solar yang terpasang di atas bumbung. Hebat betul.

Tengahari singgah di sebuah restoran yang bangunannya bercirikan eropah. Lokmahane Restaurant, here we come.

Masih berada di sekitar kawasan restoran tadi.

Selepas solat di surau restoran tadi, perjalanan di teruskan ke Konya .

 Inilah tempat yang akan dilawati yang terkenal di Konya iaitu Mevlana Museum.

Di sinilah terletaknya Makam Jalal Ad-Din Muhammad Rumi, seorang ahli sufi yang terkenal.
Beliau dijemput oleh Sultan Seljuk untuk datang ke Konya.

 Beliau dimakamkan bersebelahan dengan bapanya, juga seorang ahli sufi yang terkenal Baha'ud-Din Walad di Konya. Konya merupakan ibu negara Empayar Seljuk Anatolia sebelum ini. Konya terkenal sebagai pusat pengajian golongan sufi.

Ahli ahli sufi berpakaian putih dan di antara cara mereka mengabdikan diri dengan menari berpusing pusing seperti gambar. Tangan di depa, tangan kiri menghala ke bawah dan tangan kanan menghala ke atas. Ia bermakna dunia ini hanya sementara dan semuanya akan kembali kepada Tuhan.

Di sini terdapat banyak kitab kitab yang dikarang oleh Mevlana di samping peralatan dan Al Qur'an yang ditulis pada zaman Ottoman. Di antara kitab yang terkenal ialah Masnawi iaitu kumpulan puisi. Beliau juga menjemput semua agama untuk datang  ke pusat pengajian dan belajar tentang Islam.

 Pemandangan sekitar luar muzium tersebut. Cuaca sungguh sejuk. Ini tempat berkumpul kami sebelum menaiki bas menuju ke Cappadocia

Dalam perjalanan,  kami singgah sebentar di Sultan Han Caravanserai. Ia dibina pada abad ke 13. Ianya terletak di antara  Aksaray (Cappadocia)  dan Konya. Sebuah hentian sutera untuk pedagang dan unta-unta untuk berehat. Selepas itu akhirnya nampaklah gambaran gua gua di bukit bukit menuju ke hotel di Cappadocia untuk berehat.

Rombongan kami bergambar beramai di depan Mevlana Museum tadi. Mevlana menjadikan kesufian lebih bersistem dan berjaya menubuhkan tarekat yang terbesar di zamannya.

Ok. selesai Konya. Selepas ini Cappadocia....belon panas dan rumah gua. Kipidap !!!!

Wednesday, January 13, 2016

Bahagian Ketiga - Pamukkale

 Perjalanan diteruskan dari Bursa ke Pamukkale. Ianya lebih kurang 435 km. Pamukkale ialah Cotton Castle.

 Air panas di sini bersuhu 35 - 100 darjah Celcius.  Ia juga merupakan Tapak Warisan Dunia oleh UVESCO.

Pelancong yang datang ke sini tidak akan melepaskan peluang merendamkan kaki di takungan air panas ini.

 Oleh kerana licin, kasut perlu ditanggal sebelum  menuruni takungan air mineral semulajadi ini.

 Bersebelahan dengan takungan air panas ini ialah Kota Hierapolis yang hampir musnah akibat dari beberapa gempa bumi.

Ianya sebuah kota beberapa kurun dulu.  Sekarang yang tinggal hanya timbunan susunan batu batan dan tiang tiang.

Dulunya Hierapolis sebuah kota yang lengkap dengan struktur seperti  kota di zaman purba.

 Di sebelah bukit di  belakang terdapat tinggalan struktur seperti Collesium di zaman Rom.

 Ini ialah kolam terkenal iaitu Kolam Cleopatra. Ada cerita dongeng di sebaliknya.

 Akhir sekali , melihat matahari terbenam di sebelah sana.

 Sungguh cantik ciptaan tuhan.

Setelah menyaksikan matahari terbenam, terus bertolak ke Hotel Tripolis tempat penginapan kami. Bersambung lagi. Selepas ini ke Konya dan Cappadocia.

Saturday, January 9, 2016

Bahagian Kedua - Menjelajah Turki


 Perjalanan dari Istanbul ke Bursa 230 km melalui jalan darat dan laut. Bas kami perlu menaiki feri untuk ke seberang.
Di dalam perjalanan kami boleh melihat banyak  burung laut .

 Sampai di Bursa , kami singgah makan tengahari di sebuah restoran kebab di Bursa. Setelah selesai, kami dibawa ke Green Mosque atau Yesil Camii untuk bersembahyang zohor dan azar. Ianya sebuah masjid yang terkenal dibina dengan seni bina arkitek dari zaman Ottoman.

Walaupun dari luarnya nampak seperti masjid masjid lain tetapi sungguh indah pemandangan di dalamnye. Anda pasti terpegun.

 Ini pemandangan di sebelah luar. Kedudukannya di atas bukit.

 Selesai solat, tiba masa bershopping di silk bazaar.

 Di antara barang barang yang terdapat di sini.

 Kemudian melawat sebuah lagi masjid terkenal iaitu Grand Mosque Ulu Camii. Masjid tertua di Bursa. Ia dibangunkan oleh Sultan Beyazid 1. Ia mempunyai 20 kubah.

 Pemandangan di dalam nye memang sangat cantik. Penuh dengan ukiran ukiran lama dari zaman Ottoman.

 Di dalamnye berbagai aktiviti dapat dilihat. Ini ruang membaca dan menghafal Al Qur'an. Sungguh mengasyikkan apabila berada di dalam. Semua ruang dipenuhi dengan ukiran dan ayat ayat Al Qur'an.

Ini pemandangan di luar kawasan Grand Mosque.  Selesai kami check in di Hotel Tiara Thermal di Bursa dan makan malam di situ.  Esok ke Pamukkale.