Followers

Wednesday, December 14, 2016

Tugasan bermula.

 Dr Nurfadhilah bt Arshad telah memulakan tugasan  HO nye di HOSHAS, Temerloh pada 5.12.16.
Semuga semua berjalan lancar.

 Ini pula Hospital Tengku Jaafar , Seremban untuk HO bagi adiknye Dr Muhammad Faiz bin Arshad.

Faiz memilih untuk permulaan ini tinggal di Kuarters Hospital.

 Sibuk mengemas dan mencuci biliknya.

Inilah keadaan bilik di Kuarters Hospital. Selamat memulakan tugasan dan di permudahkan segalanya.

Monday, October 24, 2016

2 Raya .(Raya Puasa dan Raya Haji)

 Hari pertama pada Hari Raya Puasa, Farah dan Firdaus masing masing beraya di rumah Mertua di Pekan dan Johor.

 Raya Kedua baru dapat bergambar beramai2.

 Pada pagi Hari Raya Haji , semua berkumpul di Temerloh. Kami beraya ke rumah Mama pada paginya.

 2 sepupu bertemu . Adoi..knp dua dua menangis...

 Adam berenang dan mandi di dalam kolam.

Wafi pun suka berenang dan mandi kolam.

Thursday, September 1, 2016

Abdul Wafi bin Muhammad Firdaus

 Pagi 6.8.16, pukul 2.30 lahirlah seorang lagi cucuku, Abdul Wafi. Setelah mendapat khabar gembira ini baru lah lena tidur. Pukul 5.30 mula bersiap untuk bertolak ke Darul Qur'an untuk majlis convo Fahmi.

 Kucing kesayangan anak bernama Siti dan Abdul Wafi.

 Ini gambar setelah dibotakkan kepala.

Minggu lepas sempat bertandang ke rumah anak di Raub semasa Abdul Wafi berumur 25 hari. Semuga mereka sekeluarga di dalam perlindungan dan peliharaan Allah sentiasa. Amin.

Hari Konvo Muhammad Fahmi.

 Convo Muhammad Fahmi telah di adakan di Darul Qur'an pada 6.8.16, Sabtu.

 Selesai sahaja majlis, baru sessi bergambar bersama ahli keluarga.

Bergambar di hadapan tasik di Darul Qur'an. Sebelum bertolak balik ke Temerloh, kami sempat solat Zohor dan Asar di Masjid Darul Qur'an.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2016

 Raya tahun ini semua 12 ahli berkumpul di Temerloh. Satu keluarga yang besar.

 Raya pertama, kami mesti berkunjung ke rumah emak dan bapa angkat anak2.

Tahun 2016, sudah ada 2 keluarga kecil dalam keluarga Famili Arshad.

Wednesday, August 17, 2016

Cucu pertamaku.

Pada 13.6.16, lahirlah cucu pertama yang diberi nama Seth Adam.
Dia dilahirkan secara pembedahan.
 Setelah mendapat pengkhabaran kelahirannya, kami terus melunjur ke KL.

 Harumnya bau newborn baby. Hmm...Syukur ibu dan baby selamat.

 Adam pun nak pakai jubah. Dah bertambah ahli dalam Keluarga Arshad bin Arbain. Semuga bertambah lagi dengan cucu perempuan pula.

Doha, Qatar.

 Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, kami singgah di Doha untuk menemui kawan lama dari Temerloh.
Kami di sambut di Lapangan Terbang Doha. Memang terlalu lama kami berpisah iaitu lebih dari 10 tahun.


 Suaminya kebetulan kawan Cik Abang juga.

 Sebelum singgah ke rumahnya, kami dibawa melawat sekeliling tempat menarik di Doha.

 Pergi ke tempat shopping.

 Tak lupa kedai menjual berbagai jenis rempah dan kekacang.

 Kami tidur di rumahnya seperti istana. Bayangkan sewa rumah itu 12,000.00 duit Qatar.

 Org Malaysia tidak digalakkan membeli rumah di sana. Jadi keluarga kawan ini menyewa selama berbelas tahun. Bayangkan lah gaji mereka berapa sebulan jika sewa rumah macam itu.

 Mereka juga menghantar kami ke Lapangan Terbang Doha untuk pulang ke Malaysia.

 Sekitar pemandangan di Lapangan Terbang Doha.

Malaysia, Kau Tunggu Kami Datang.

Monday, August 15, 2016

Jejalan sekitar Cairo dan Hari Convo Nurfadhilah di Universiti Al Azhar.

 Memang sudah lama tak mengupdatekan blog. Kini mood sudah kembali.
Kita sambung cerita semasa pergi ke Mesir dan hari Convo Nurfadhilah.

 Setelah sehari ke Iskandariah, kami melawat sekitar Kaherah pulak. Mula2 kami pergi ke Kubu dan Masjid duplicate masjid biru di Turki. Berada di puncak , kami dapat melihat seluruh bandar Kaherah.

 Menuruni bukit untuk meneruskan perjalanan kami ke Piramid pula.

 Peluang bukan datang selalu. Kami menaiki tangga mendaki Piramid. Lepas ini mungkin tak boleh mendaki dah. ini pun termengah2.

 Seperti biasa kawasan ini mesti pergi utk melihat dan bergambar dengan ketiga2 Piramid ini.

 Membuat aksi begini sudah semestinya. Angin bertiup kencang, Bayangkan lah pasir2 berterbangan.

 Sementara kami berehat, Cik Abang kita tidak melepaskan peluang utk menunggang unta.

 Bila kita menunggang unta ini, kita boleh merasai bagaimana Nabi Muhammad SAW menunggang pada zaman dahulu. Memang meletihkan kerana kita perlu mengikut rentak unta berjalan.

 Kami juga shopping di Hussein mmg terkenal dengan berbagai2 barangan. Kami juga melawat makam dan masjid imam shafie dan juga kilang membuat pati minyak wangi .

 Tibalah masa Hari Convokesyen Nurfadhilah di Universiti Al Azhar.

 Inilah waktunya Nurfadhilah menerima ijazah kedoktoran dari UniversitiAl Azhar.

 Setelah 6 tahun bertungkus lumus dengan kehidupan di negara orang dan mengulangkaji pelajaran untuk segulung ijazah.

Selesai majlis dengan meriahnya, menuju ke homestay dan keesokkan hari akan bertolak ke Doha pula untuk menziarahi kawan lama yang menetap di sana. Tunggu....

Saturday, April 23, 2016

Jejln sambil Convo anak di Mesir.

Kami bertolak dari KLIA berlima. Kali pertama ke luar negara tanpa melalui package .


Setelah hampir 10 jam perjalanan dan transit di Doha, kami sampai di Cairo. Tapi biasalah, procedure dari chop pasport dan imegresen amat perlahan seperti juga yang berlaku di Jeddah. Agaknya memang inilah tradisi pekerjaan cara orang orang Arab. 

 Sampai Cairo waktu malam. Kami makan malam, membersihkan diri dan terus tidur di homestay yang telah disewa oleh Dila selama seminggu di sini.

 Pagi pagi lagi kami berkumpul di kawasan rumah lama  Dila untuk terus ke Alexandria.

 Perjalanan memakan masa 3 jam. Kami pergi menaiki sebuah van.

 Tempat pertama ialah salah satu kubu Salehudin yang terkenal.

 Di dalam istana kubu Salehuddin. Kubunya begitu strategi kedudukannya.

 Pemandangan yang dapat dilihat dari kubu tersebut. Mereka dapat mengawal kemasukkan kapal kapal ke Mesir.

 Di tepi laut bandar Alexandria iaitu Iskandariah. Kami menunggu anak buah suami untuk ikut serta sekali dalam lawatan kami di Alex.

 Tengahari, kami berhenti makan di sebuah restoran makanan laut .

 Pemandangan di perpustaakan terbesar dan tercantik  dengan senibina yang unik.

 Di satu sudut lain di perpustakaan di Alex

 Setelah berhenti solat Zohor dan Azar, menziarahi Masjid dan Makan Nabi Daniel.

 Makamnya terletak di tingkat bawah tanah .


Tibalah masa berpisah dengan anak buah suami yang berlajar di Universiti Alex yang ikut serta makan dan jejalan di sekitar Alex. Selepas itu terus bertolak pulang ke Cairo.