Followers

Monday, November 16, 2015

Hari Convo NurFarahayn di IIUM

 Pada 9.11.15, kami bertolak dari Temerloh pukul 5.30 pagi menuju ke Gombak. Kami tiba di UIA pukul 7.30pagi.  Farah terus ke tempat pendaftaran .  Cuma 2 org saja dibenarkan menyaksikan upacara yang berlangsung. Yang lain di tempatkan di dewan menunggu yang berhawa dingin.

Kesemua tetamu masuk ke dewan dan mengambil tempat masing masing

Para graduan menunggu giliran naik ke pentas untuk menerima ijazah masing masing.

 Hampir pukul 11.30, upacara selesai dijalankan. Farah bersama suami .

 Kami memilih tempat untuk mengambil gambar di dalam studio di dalam UIA.

 Inikah ahli keluarga yang dapat hadir di Hari Convo Farah. Dila, Farhan dan Fahmi tidak dapat bersama.

 Farah dan suami bersama kedua ibu bapa yang sedondong memakai baju bewarna pink.

 Kemudia kami menuju ke Cafe di dalam UIA. Nak merasa makan nasi Arab.

 Wow!!!!! Ini lah nasi Arab nya.  Memang sedap. Siap daging kambing dan daging ayam sekali.

 Ayah dan emak mertua Farah pun turut serta. Sedapnye....

 Memang masing masing kelaparan kerana bertolak awal tadi dan makan sandwich, nugget dan keropok goreng saja bersama air milo di dalam kereta .

Menantu baru [isteri Firdaus] sedang asyik menghabiskan nasi di pinggan.  Setelah kenyang, kami meneruskan perjalanan pulang ke Temerloh dan Firdaus ke Raub. Tahniah Farah !!!!.
Next year, Dila dan Faiz [doctors to be] pula....InsyaAllah.

2 comments: